Muhammad Adib Wafiy memang agak lambat dalam pelajaran. Maklumlah lahir pun hujung tahun, pelat pun tak hilang lagi. Mengaruk no. satu, main lagilah keutamaan. Memang untuk Wafiy saya terpaksa fokus lebih. Tapi sejak akhir2 ni macam tersibuk lebih plak. Oleh itu, saya kerap terlupa benda2 penting untuk anak2.
Setiap hari Isnin, Wafiy ada spelling. Setiap hari Jumaat pulak ada hafalan perkataan. Wafiy mesti menghafal 2 hari sebelumnya. Kalau tidak, alamatnya memang dia tak boleh ingat apa pon. Tup2 Isnin lepas saya boleh terlupa yang Wafiy ada spelling.
Masa mengemas beg sekolah pagi tu, saat saya terjumpa spelling book dia barulah saya teringat. Saya cuba untuk mencari jalan supaya kalau tidak 5 word pun seperti biasa, 2 ker 3 word pun jadilah. Taknaklah nanti teacher marah2 padanya. Takut terencat pulak jika asyik dimarah.
Waktu hendak membangunkan Wafiy, saya buat2 lawak dengan memicit2 badannya konon2 massage. Lepas tu, saya marah2lah diri sendiri dengan cakap yang saya ni dah tua betul. Sampai Wafiy ada spelling hari tu pun saya boleh terlupa. Konon2 saya simpatilah kalau Wafiy kena marah nanti. Tak sangka pulak dalam mamai2 tu, Wafiy bersemangat nak menghafal 2 word. Masa nak pakaikan baju, saya pujuk2 lagi hafal 1 word lagi. Bila turun tangga untuk ke kereta, 1 word lagi. Masa dalam kereta, 1 word lagi. Nasib lah Arfan jugak membantu sambil mengulang2 word untuk hari itu. Hari itu, ketiga2 kami menghafal dengan begitu bersemangat hingga depan NURI.
Saya amat berharap, sekurang2nya Wafiy boleh spell 3 word for that day. Janganlah tak dapat langsung.
Bila petang di saat saya dah terlupa pasal spelling Wafiy, Wafiy tersengih2 naik kereta untuk pulang. Belum pun kereta bergerak, dia dah keluarkan spelling book dan suruh saya tengok berapa star yang dia dapat. Wah !!!!! Amazing, 3 star. Wafiy dapat eja kesemua word dengan betul. Oleh kerana dia dapat 3 star hari tu, saya belanja dia makan luar hari tu. Melompat2 lah dia. Tapi yang sebenarnya mama ni hah yang malas nak masak malam tu hahahahaha
No comments:
Post a Comment