Jumaat. Kebiasaannya saya akan beli lauk di S'Mart Pandan pada lunch hour. Maklumlah nak mengisi weekendkan. Malas nak kuar lagi dengan budak2 3 perangai tu kan. Bukannya jauh pun. Kalau jalan kaki, 10 minit jerk. Tapi dah lama sangat saya x buat gitu semenjak dah pandai bawak keta n dah ada keta ni. Hehehehe dh rasa jauhlah plak. Lagipun saya rasa seram2 jugak sebab kenderaan yang lalu ala2 pelesit gitu. Sunyi plak tu. Budak2 opis lain adalah buat gitu. Itu pun berkonvoi.
Tadi saya pergi S'Mart sensorang. Mysara balik rumah adahal katanya. Oleh kerana nak beli barang2 untuk buat koktel hari Isnin depan, jadi saya ambil keputusan pergi sendiri jerk. Memula masuk ke Midas dulu. Carilah barang2 yang boleh dicampur2 untuk koktel nanti. Lepas tu barulah beli ikan kembung 1/2 kilo, ikan pari sepotong dan sayur2 yang murah2 ajer. Maklumlah dah tengah2 bulan ni kan. Paham2 jerklah hehehehehe Inilah sayur2 yang saya sambar sekejab tadi. Nampak segar2 lagi kan. Agak2 boleh tahan berapa lama kalau tak termasak ni ?? Seminggu tahan tak agak2nya. Kalau main baling jerk kat dalam peti ais, tak payah citerlah. 3 hari pun dah melecet semua daun2 dia kan. Saya ada rahsia cam mana nak kasi tahan. Tapi kena tunggu seminggu lagi yerk kalau nak kasi bongkar itu rahsia.
No comments:
Post a Comment