Tungu punyer tunggu punyer tunggu punyer tunggu....akhirnya lulus jugak loan kenderaan saya. Bukan duit untuk enjoy sakan yer. Tambah2 pulak duit dalam beg tinggal RM20 jerkkan. Kalau dapat pi melangkah depan skit jerk Jusco Tebrau kan. Huh!! Macam2 dapat ni hehehehe.
Motor en. Suami kan hilang awal tahun ritu. Jadi, fikir punya fikir. Bincang punya bincang. Kami ambil keputusan beli kereta jerklah untuk gantikan motor Honda yang hilang tu. Sekali lagi diulang!!!! Motor Honda yer. Belum mampu lagi nak pakai kereta Honda tau. Masih tahu keupayaan poket sendiri hehehehe. Motor tu dah hilang 2 kali sebenarnya. Kali kedua inilah tiada rezeki kami jumpa balik nampaknya.
Buat masa ni, en. Suami dok pinjam kereta kakak dia dok pi balik kerja kat Kulai. Kesian kakak dia kan. Syok jerk en. Suami saya dok lenjan kereta dia.
Kami buat loan government untuk second car ni. Jadi tak pening nak pikir interest terlewat bayar. Interest loan pon kurang skitlah dari dok pinjam kat bank. Tapi, punyerlah jenuh nak tunggu lulus. Kawan2 kata hampir sebulan. Oleh kerana jarang staff Johor ni wat pinjaman kenderaan, saya dok betulkan borang sampai 3 kali sebab xder tempat nak refer. Hah kau, lagi seminggu genaplah 2 bulan baru lulus.
Jadinyer, malam ni insyaallah dibankinkan. Esok lusa transfer kat kedai kereta. Minggu depannya Insyaallah keluarlah si comel Viva 850 jer. Lepas tu kira hutang laks tiap2 bulan sampai 9 tahun. Ambik nko!!!
No comments:
Post a Comment