MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, May 14, 2012

Selamat Hari Ibu yang tersayang

Ni kisah kelmarin dan semalam. Oleh kerana ada kerja kat Pontian, tak sempat nak update. Ahad malam yang lepas, tiba2 ternampak Arfan menyorok2 letak balik beg duit saya kat atas almari bilik.

Terus saya naik suara. Arfan ambil apa tu ?

Dia tersengih2. "Tak ambil apa2lah."

"Jangan nak cari pasal erk! Mama tau Arfan ambil duit tak bagitau siap."

Sambil ketawa2 "Mana ada! Cuba cek poket kita. Mana ada." Siap tunjuk2 poket seluar.

Oleh kerana dok sibuk melipat baju yang membukit. Lupa nak cek beg duit sampai semalam.

Sebelum keluar dari kereta untuk ke Taska pagi semalam. " Mama dah tengok tak kat dalam beg?"

Saya terpinga2. Teringat perlakuannya malam itu. "Belum. Kenapa ?"

"Tengoklah......" Sambil tersengih2 dan keluar dari kereta. Saya tak terus tengok sebab rushing ke ofis. Kereta pejabat dah tunggu untuk ke Pontian.

Dalam perjalanan ke Pontian, sambil duduk di set belakang sebab Zam Kidal duduk set depan, teringat Arfan. Cepat2 buka beg dan ambil beg duit. Cari2 apa yang pelik.


Alahai.....comel anak mama. Rasa nak pusing balik ke Taska. Nak peluk2 dan cium2 dia. Nak gak mintak maaf sebab sangka bukan2. I love you abang long.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...