MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, May 2, 2012

Skudai Kanan / Kiri ??

Isnin lepas terpaksa ambil cuti sebab en. Suami ajak teman dok menguruskan perkara2 berbangkit. Nak jadi isteri solehah tak ??? Ikut kan jerklah. Yang penting semua nafkah pada hari itu ditanggung oleh dia hehehe.

Pagi tu, lepas serahkan anak2 pada penjaga berbayar terus bereskan perkara berbangkit pertama dekat JPJ. Apa buat kat sana ? Bukan bayar saman yer.. mintak dijauhkan kasi dorang duit free2. Tapi dapatkan pengesahan sebab KURNIA nak bagi kami duit ni.

Lepas tu, terus pi Skudai Kiri ker ? Kanan errkkk...bab kiri kanan ni paler mokcik dah jadi pusing. Lupa sudah. Oleh kerana KURNIA dekat dengan tempat makan favorite kami, apa lagi pi arrr lepaskan gian dulu.

Apa yang bestnya tu ? Mee Soto lerr...itu saya, tapi tang en. Suami mihun soto yer.

Memang ramai giler orang yang tergila2kan soto pakcik dan anak2nyer ni. Tapi memang sedap. Lepas en. Suami dok rekemen kat situ, bila nak makan mee soto jer terus teringat tempat tu. Arfan pon dah start suka walaupun baru sekali jer pernah bawa dia ke situ. Tapi harini x boleh yerk bro, mama dan baba ada projek baik punya hehehehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...