N3 pagi tadi dah cakap nak citer kisah peperangan saya dan anak2 kan ? Ni hah nak story. Semalam, belikan Arfan bayblade seperti yang dia mintak. Entah betul ker ejaannya. Lantaklah asal korang paham dahlah hahaha.
Balik jerk kerja, terus ambil dia kat taska dan Wafiy kat Nuri. En. Suami ambil Mia kat rumah pengasuh. Kami bertemu kat parking rumah. Lepas tu guna kereta saya pergi Maslee. Kenapa Maslee? Sebab kat situlah kata Arfan ada jual en. Bayblade tu. Masa tulah kejadian tinggal kunci kereta en. Suami kat dalam kereta saya hahahaha.
Sebelum pi masuk kat Maslee, singgah kejab kedai UMobile kat depan Maslee. (Kang ada cerita pasal UMobile ni yer hihi) Lepas dah sattle dengan kisah sedih ni, kitaorang pergilah beli en. Bayblade tu. Beli 2 untuk Arfan dan Wafiy. Jangan belikan untuk Mia, dahlah perangai cam samseng. Kang jadi tomboy plak, kata Arfan.
Malam tadi, bersuka rialah dua orang beradik tu dengan bayblade masing2. Tapi, bila dah ujung2 malam. Bunyinya cam dah lain. Ada bunyi sentap2 sikit. Ada bunyi pujuk2 sikit. Ada bunyi merajuk2 sikit. Oleh kerana ada kerja lain, saya malas nak ambil tahu.
Pagi tadi, Arfan nampak cool jerk. Wafiy jerk yang excited kehulu kehilir dengan bayblade. Saya masukkan baju Arfan kat dalam beg lain, sebab beg yang biasa dia guna saya basuh malam tadi. Jadi saya bagitau Arfan yang bajunya saya masukkan kat dalam beg ni. Nanti boleh masukkan mainan sekali kat dalam beg ni. Tiba2 Arfan tercebik2 dan berguguran air mata. Sambil tersedu2 dia cakap macam mana nak bawa bayblade. Wafiy dah ambil yang dia punya.
Apa lagi, dah beberapa hari ni tak kuarkan volume berkuasa tsunami. Dah kumpul lama gak ni. Sekali saya bertempik panggil Wafiy. Konpom bukan setakat jiran depan jerk bergegar. Sah2 satu blok bergoncang. Dah beli sorang satu pun boleh berebut2 lagi. Saya suruh Wafiy cari sampai dapat yang satu lagi.
Macam biasalah. Mulalah Wafiy buat tunjuk perasaan. Dia kata Arfan yang hilangkan bayblade dia. Meraung2 tak tentu pasal. Geram sangat dengan perangai Wafiy. Saya ugut lagi. Suruh cari jugak sampai jumpa. Kalau tidak semua bayblade tu saya masuk kat dalam tong sampah besar kat hujung blok. Bertambah meraunglah dia.
Masa dia dok berhentak2 tu, dia tertolak tempat duduk dekat dengan tv. Sekali terkeluar bayblade dia satu set kat bawah kerusi tu. Dalam meraung2 tu, boleh pulak dia terketawa dan cakap hah!! ni pon dia. Arfan pon yang tengah meleleh2 air mata boleh tersenyum dan melompat turun dan berbahagi bahagian masing2. Saya yang tadi dok hangin satu badan terkedu melihat dorang. Macam gini drama pon boleh terjadi erk ??? Sila klik sini
No comments:
Post a Comment