MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, May 2, 2012

nak bungkus gaya aper ??

Pagi tadi sambil makan sosej, Arfan tanya hadiah Hari Guru untuk tahun ni. Kalau tahun lepas saya bungkuskan kerepek pedas yang en. Suami jual. Yang kelakarnya lepas tu, ada pulak cikgu2 Arfan yang order kerepek pedas tu. Macam nak promote pulak. Yang sebenarnya tak sempat nak cari gift. Jangan pulak ada yang terbaca N3 ni gatal2 nak order kerepek pedas plak yer. Sebab kedai dah tutup pon. Bukan sebab kerepek tu x laku. Tapi lepas tu en. Suami sudah bekerja. Tak der masa nak pi berjual kat Bazar Karat lagi.

Tahun ni, katalog Tupperware 3/2012 pembelian RM190 boleh beli rainbow set (6) dengan harga RM9.90. Harga retail RM30 lebih. Perghhhhhh berkotak2lah saya boleh beli kan. Harga tengah murah giler. Baik rembat jer. Kebetulan Iza pun nak untuk persediaan perkahwinan. Saper jadi orang sebelah pihak lelaki leh arrr dapat nanti.


Yang lebihnya saya buat gift untuk kawan2 yang beli Tupperware dengan saya dan memang berhajat nak wat hadiah sempena Hari Guru pon. Barang2 sumer dah ready cuma cam mana nak wrap ajer. Gaya apalah yang comei nak dibuat yer??? Adakah gaya seperti gift untuk teacher Ida dan teacher Suguna hari tu ????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...