MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, May 15, 2012

hadiah hari guru

Bulan lepas pulun beli rainbow set banyak2 sementara harga rendah menggiler. Memang dah memandang ke depan. Memang dah nampak hala tuju bekas2 berkenaan. Untuk hadiah sempena Hari Guru tahun ni hhehehe.

Cuma malam tadi baru berkesempatan nak hias2 sikit. Takder masa nak buat. Tapi...kalau nak kata takder masa pon tak jugak. Masih ada yang boleh dicelok2. Yang buat tak bolehnya budak kicik Mia tu. Dia lebih cepat buat kerja berbanding kita. Malam tadi pon terpaksa tunggu semua tidur baru boleh start mengikat. Ingatkan nak hias spesial skit. Nampaknya tak berkesempatan. Masa dah suntuk. Nasiblah dah suh Wafiy dengan Arfan tulis note Selamat Hari Guru kat kertas siap2 weekend ritu. Kalau tak, sepanjang malam punya kerjalah jawabnya ni.



Saya bagi semua cikgu Arfan dan Wafiy. Sebab ada lebih, bagi sekali cikgu taska Arfan. Nak bagi jugak cikgu mengaji dorang, ustazah As. Juga tak lupa, mak Mia, kak Siti.

Ada tak lagi yang terlupa erk ??? Tiba2 teringat kat mak kat kampung. Sempat telefon jer masa Hari Ibu haritu. Rindunyer....bilalah nak balik kampung ni huhuhuhu

2 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh hadiah yg cukup bermakna

Azlina bt. Azis said...

rezeki cikgu tahun ni hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...