Zaman sekarang, zaman stress. Tekanan terlalu banyak. Tak kiralah tekanan kerja, tekanan duit, tekanan cinta, tekanan nafsu. Semua ini cukup menakutkan. Lebih2 lagi bila tekanan ni terkena pada orang yang tak boleh handle masalah dia. Lantaklah jika tekanan tu ditelan sendiri dan menjadi darah daging mereka. Ini dilepaskan pada orang lain. Jadikan orang lain mangsanya. Kalau mangsa yang dicari tu sama lawan dengannya takper jugak. Boleh jugak bermain2 keris. Paling tak pon leh saman menyaman. Ini, yang jadi mangsa si mentah yang hanya tahu ketawa bila diagah. Yang baru hendak belajar mengenal hidup. Yang baru bersemangat untuk tahu yang baik2 sahaja.
Saya tak terdaya memikir apakah yang menghantui orang2 yang tidak dapat mengawal stress mereka ini. Adakah kerana daya pemikiran mereka lemah, didikan agama yang tidak mencukupi atau sekeliling mereka dipenuhi segala keturunan syaitan. Hanya orang2 itu sahaja yang boleh menjawabnya. Sebab semuanya lahir dari dalam diri mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment