MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, May 22, 2012

Nak kempis macam Man Kueh

Hadoiiii... kekenyangan. Pagi tadi laparlah sangat. Sampai abaikan nak pi Stokis Tupperware Taman Molek, sampai abaikan tuang minyak kereta yang dah menyala sejak pagi tadi. Sebab nak kejarkan makan punya pasal.

Makan nasi campur penuh satu pinggan. Tak order air sebab nak jimat hahahaha. Tapi, beli buah potong 2 hinggit. Belanja untuk makan tengahari ni jer RM6.50. Semua dah habis masuk dalam perut. Mata pun dah turun layu.

Sekali, Man Kueh masuk. Tanya dia makan kat mana ?

Tak pergi makan pon. Balik Rumah jerk.

Huh!! Patutlah kurus kering.

Berat saya 62 kg

Hahahaha tipu. Berat akak pon dah 60 kg

Terus pi kat alat penimbang dan suruh tengok.

Hahhhhhh!!!!! Betullah. Kurus kering gitu berat 62 kg. Uwaaaaaa ini tak adil. Habis nak turunkan berat sampai berapa ni baru nampak kempis macam Man Kueh ???

Masa berat 53kg. Itupun masih nampak besar dari Man Kueh. uwaaaaaaaa
sila klik sini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...