Bila dah tak tahan tadi, terus balik rumah. Terus capai ubat klinik semalam dan telan. Terus masuk bilik, switch on kipas dan tv. Ingatkan bila dok hayal tengok tv nanti tertidurlah. Rupanya kepala lagi berpusing. Tutup tv, tinggikan bantal, buat2 lelap mata. Tertidur jugak akhirnya.
Sedar2 dah pukul 2. Rasa kepala ringan sikit. Lepas sembahyang zohor, terus drive balik office dulu. Sekali teringat ada barang Tupperware dah sampai kat Kanggaroo. Jadi pergi Johor Jaya dulu. Tak jauh pun dari office. Lepas dah ambil barang, ingat nak singgah S'Mart nak beli makan jap. Pening2 ni, asik ingat nak makan ajer. Konon2nya kalau makan boleh hilangkan pening, malangnya sama jerk rasanya.
Dalam hayal2 memandu, boleh pulak terus menuju ke ofis. Cet!! Kan nak pergi beli makan tadi. Adoiiii masalah betullah kalau dah berhayal sambil memandu ni. Rasa segan pulak nak pusing balik sebab jam dah pukul 2.50 petang. Tapi, bila masuk caw. Urusan Pendaftar sunyi sepi. Kecuali staff lelaki. Yang pompuan2 ni pergi hadiah Maya tadi. Errmmm...letak beg, start enjin, pergi smart hahahahaha kalau makan punya pasal laut bergelora ke hujan petir pun sanggaup direnangi.
Bila sampai office balik dah pukul 3.05, orang perempuan masih belum balik. Ni beli hadiah ker, buat hadiah agaknya. Makan Mihun Pataya dulu. Makan suku jerk. Kenyang lagi sebenarnya. Sebab pagi tadi ada mesyuarat sekejap. Dah makan 2 biji karipap. Lepas tu makan pulak 11/2 roti canai. Malam ni pulak teringin nak makan ayam penyek kat Pasar Borong. Entah en. Suami rajin nak bawak ker idaknya. Eh!!! Berselera betul pompuan pening paler ni!!! Sila klik sini
No comments:
Post a Comment