Huh!!! Semoga dibawah lindungan Allah sentiasa....
Tak sampai 15 minit tadi, masa menuju ke tempat kerja, masa sampai ke bulatan kat jalan belakang Taman daya, bila tengok pusingan tu clear terus masuk. Bila masuk jerk, tetiba nampak ada kelibat melintas kat depan. Serta merta brek. Alhamdulillah...otak dan kaki saya masih bekerjasama dengan baik. Masa brek orang tu betul2 kat depan kereta. Rasanya lagi seinci dua dah bersentuh basikalnya. Mujurlah masa tu tak panic cam makcik yang kereta pi depan belakang last2 masuk kedai motor tu. Kalau tidak, confirm orang akan kata, 'POMPUAN....'
Lelaki berbasikal tu sempat toleh kearah saya dan menyengetkan badannya. Lepas saya dah brek, terus jerk dia mengayuh basikal dan terus pergi. Saya pun, macam biasalah mana nak tunjuk panic pon, terus jerk keluar ke jalan yang saya nak tuju dengan muka selamba. Dalam hati punyalah cuak.
Membayangkan kalaulah saya tersondol orang tu tadi. Confirmlah saya yang salah kan. Sebab dia dah berada kat pusingan tu, maknanya itu jalannya. Saya perlu tunggu sampai dia lepas, baru saya boleh masuk kat jalan tu. Tapi, macam mana saya boleh tak perasankan dia. Adakah sebab dia hanya berbasikal. Bukan Merc, BMW atau Honda.
Dalam masa saya memandu, saya mula berfikir. Lelaki tadi memakai basikal hitam, berbaju kemeja coklat petak2 yang agak lusuh, berseluar gelap dan bertopi coklat lusuh juga. Gambarannya sama seperti permandangan jalan disitu yang lesu. Mungkin sebab itu, saya tidak perasan.
Bila dah berlaku begini, barulah saya bersetuju sangat dengan saranan kerajaan yang pemandu motor dan basikal perlu memakai pakaian yang terang semasa memandu. Begitu juga dengan pejalan kaki. Bukannya pemandu kereta dan kenderaan besar lain berlagak nak cium2 anda saja2. Sebaliknya memang tak perasan. Sungguh!!!
Memanglah kalau kena pun, bukan korang yang salah. Tapi, sapa yang sakit, sapa yang menderita, keluarga siapa yang turut merasa sukarnya. Sedaya upaya cubalah menjaga gaya pemakaian ketika memandu yer teman2. Cubalah ikut mana yang termampu, tapi kalau nasib tak baik juga. Adalah hikmah disebaliknya. Insyaallah....
No comments:
Post a Comment