MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, July 17, 2013

taktau nak letak tajuk apa

 
Comei jerk mokcik dari arah ni kan kan akakakakaka. Ni gambar pagi tadi masa Majlis Perhimpunan Bulanan. Ingatkan esok. Rupanya hari ni. Nyaris terlupa punch sebab kelam kabut tengok opis dah kosong. Dah lah datang dah nak ngam2 jerk tadi kui 8.30. Berterabur panjat tingkat 3. Tu yang dapat dok kusi paling akhir. Lepas tu wat muka bagus2 gitu ahaks. 
 
Ni hidangan berbuka kelmarin. Bukan semalam. Tapi nak gak masukkan kat belog konon ibu mithali kang korang tak tahu akakakaka.
 
Malam tadi, sempat masak mee goreng jerk. Baki separuh mee yang saya celur kat gambar tu. Tu pon ingat taknak masak, sebab tiba2 anak2 nak sangat pi bazar. Arfan beli kuehtiaw kari. Wafiy plak nak mee sup, kuih ondeh2, roti john, kuih donat....amboiiii kemain nafsu kalau boleh nak air soya lagi, roti jala lagi akkakakaka kesian tol budak posa ni. Tapi saya tak bagi dan bagitau esok beli yang itu pulak.
 
Habis seround, saya buat keputusan masak jer mee goreng untuk saya sebab sumer pon macam setakat jual nak wat duit beli langsir baru raya ni. Tapi harga meletops huhu.
 
Bila berbuka, Arfan cakap kuah kari cair, tak sedap. Lepas tu belasah mee goreng yang saya masak. Wafiy makan mee sup pon tak habis. Tapi kuih yang dia beli habis dia sapu bersih haha. Kelakar bila layan budak2 ni berbuka tau. Yang lagi tak tahan budak yang tak posa plak over kemain. Siap beli cup cake kata nak makan untuk berbuka akakakaaka.

Thank you, thank you. Pemberian PPK Endau. I memang tunggu sunquick dari u (sambil wat muka comel. Comel ke songel huhu)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...