Wat muka cam orang puasa. Tapi tengah membedal cekodok pisang panas2 glurrpppp. Peh!! bau buat mokcik tergoda. Mak Siti siat cekodok tu kecik2 masuk kat dalam bekas kecik tu supaya senang nak makan. Tak sempat start enjin dah licin sebekas. Kejam kau nak!!!!
Menu berbuka semalam haha. Sumer menu mengabehkan makanan2 yang konon nak sangat makan masa sebelum bebuka. Bila dah berbuka leh pandang jerk. Lepas tu peram dalam peti. Maka semalam jom kita kuarkan segala. Kasi peti ais tu bernafas skit. Sian....dia kan kan.
Roti canai segera lawan ngan kuah kari masa wat mee kari rabu ritu. Kuah tu ada lebih saya bekukan kat freezer. Keluarkan balik dan panaskan. Oleh kerana saya goreng roti tu agak cepat. Dalam kui 6.15 gitu, rasanya agak liat masa berbuka akakaka. Kena rendam ngan kuah kari tu baru leh makan dengan sopan santun. Kalau idak!!!!! Mau tercabut gigi pelsu. Nasib sumer ori lagi huhu.
Ada karipap semalam beli kat kampong en. Suami. Tapi tak larat nak makan. Pon simpan kat dalam fridge.Saya goreng balik. Nampak tak ada 3 ketul cekodok pisang jerk tinggal lepas Mia dah balun seplastik. Nko memang dasar kejam Mia, dahlah sebekas nko habiskan kat dalam keta, yang Mak Siti bekalkan untuk berbuka puasa pon nko belasah gak uwaaaaaa. Sabar2 kalau ada pisang free jom kita wat semangkuk besar cekodok pisang akakakaka. 3 ketul tu pon Wafiy belasah habis. Dengar azan jerk, dia cekup 3 ketul tu masuk pinggan dia. Uwaaaaaa langsung mokcik tak rasa.
Kat bekas kuning tu, goreng pisang semalam. Mak mertua yang goreng. Dasar penamak ni siap bungkus nak makan dalam perjalanan balik. Hadernyer...berdengkur jerk. Tau2 dah sampai kat rumah akakakaka.
Lepas tu, di sebalik kuah kari tu kan nampak cam ada roti kan kan. Itu burger en. Arfan beli kat bazar Ramadan. Saya suh en. Suami pi panaskan kat dalam microwave. Lepas tu roti tu jadi keras bedentum akakakaka. Tapi Arfan nak gak makan. Tapi makan daging jerk. Roti tu ke tong sampah gak jawabnya.
Yang fresh sambal ikan bilis tu jerk saya baru goreng. Sebab ada baki nasi semalam banyak lagi. Saya setakat sambal ikan bilis dengan nasi jerk pon jalan.....
No comments:
Post a Comment