MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, July 25, 2013

N3 campur

Jumpa kat dalam tab. Agak2 sapernyer kerja ni? Hari tu habis sumer gambar player JDT dia ambik gambar setiap orang. Sumer saya kasi delete. Buat penuh memory jerk budak ni tau. Ada musimnya ritu, siap dia lukis muka player2 JDT. Lepas tu tanya kat saya sama tak? Lom sempat saya jawab, dia plak jawab dulu......bilalah kita boleh lukis gambar orang betol betol erk mama? Alahaiiii anak.....cubalah nko lukis gambar telor ayam dulu nak!! Kalau jadik, barulah lukis gambar Safie Sali plak. Lagipon mamat tu lom lagi dapat rentak. Silap2 bila rentak dia sampai, nko pun dah boleh lukis gambar dia nak. Chayork2!! Hahahaha mati Mokcik kalau peminat dia terbaca belog ni kang ngutuk cukup pakar.
 
Dalam godek2 gambar kat tab, terjumpa gambar lampu untuk bilik air. Kelassss nko Mokcik pakai LED lagi. Dah lama jugak sambar ni. Masa tu tengah kaya sebab dapat duit tut tut kan kan. Bila dah tak berduit ni, barulah sedar......aperker bodohnyer beli lampu mahal2 untuk letak kat jamban jerk hah! Beli dua plak tu. Kan ada 2 jamban kat rumah tu. Duit tu nko simpan wat beli sofa lagi baik mokcik oiiiii eh!! dapat ker sofa???? 
 
Masa on switch guper dia gini hah. Mintak2 teranglah toilet ku nanti. Sekali terang cam bilik karaoke. Lantak nko!!! Hahahaha

Semalam.....akhirnya saya tak masak. Maklumlah semalam kan masuk gaji. Jadi saya berlagak kaya dan pi ke bazar. Ini untuk en. Suami. Laksa Johor. Kuah dia agak cair. Tapi en. Suami kata rasa dia bolehlah tahan. Harga RM4
 
 
Haaaaaa yang ini saya punya. Beriani Ayam. Harga RM7. Nasi menggunung, tapi ayam ciput jerk belah punggung. I memang suka makan punggung. Tapi punggung ayamlah hahahaha. Oleh sebab ayam tak cukup, saya bedal ayam semalam. I kan memang suka yang semalam semalam huhu. Nasi tu makan separuh jerk sebab banyak sangat. Lagi separuh en. Suami makan. Dietlah sangat kan kengkonon taknak makan nasi. Sekali tak kenyang makan laksa Johor ekekekeke. Lepas tu syer drum stick goreng Mia. Nasib itu budak mood banyak baik semalam. Drum stick tu RM2.50.

 Wafiy ngan Arfan dibelikan nasi ayam. Nasi banyak, ayam pon boleh tahan banyak. Sebungkus RM5. Beli 2 jadi RM10.00. Lepas tu belikan sosej 3 cucuk untuk budak2 ni RM3. Dah hujung2 bazar jumpa plak gerai jual air 3 plastic RM2. Beli air soya 2 dan bandung cincau 1. Jadi inilah makanan kami untuk berbuka semalam. Jom kita belajar mengira berapa semuanya Mokcik berbelanja semalam. Lepas ketuk ketuk calculator pang pung pang pung ok jumlahnya ialah RM28.50 yer glurrrppppp.

Bila dah pukul 10 malam gitu, masa mokcik dah ready nak halau sumer budak2 ni tidur, Arfan tanya saya ada tak benda leh makan??? Hah!!! Lapar lagi???? Nak suh omak ekau masak lagi???? No! No! No! En. Suami tolong pi mamak. Beli roti canai 3 keping khas untuk budak2 tak cukup makan OK!

Kompom ari ni Mokcik masak!




2 comments:

gee ahmad said...

amboi.. sakan... saya ni ntah bila kala lah nak pi membeli kat bazar nih.... teringin jugak... tp apakan daya...x sempat pun...

Azlina bt. Azis said...

tak payah membazir huhhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...