Eleleelele korang tunggu N3 saya eh eh kan kan akkakakakakaka. Tak sempat nak merapu pagi tadi. Kena focus skit kat satu kerja. Lepas tu kena pergi rumah baru plak sebab nak sattlekan pasal elektrik. Ritu ingatkan pemaju sattlekan pasal masuk elektrik ni. Jadi saya ngan en. Suami goyang kaki jerklah. Sekali kontraktor yang buat dapur tu cakap tak boleh nak teruskan kerja sebab rumah saya takder karen. Ehhh....engkau ni kan, hari tu terhembab2 wat kerja. Dah jadi cam ni, barulah kata tak boleh nak wat kerja. Memang putar alam betullah hantu ni. Dia suh telefon pemaju sebab karen tak masuk langsung.
Lepas tu baru tau yang kitaorang kena contact someone untuk masukkan karen kat rumah. Lepas tu orang tu leh datang hari Rabu jerk pulak tu. Hadoiiiii leceh tollah. Bila dah sampai hari Rabu, en. Suami cakap orang tu dah siap pasang kotak yang kat dalam rumah tu. Tapi rupanya karen dari TNB yang tak masuk kat meter. Orang tu suh tepon pemaju balik buat aduan.
Beberapa hari lepas tu, kontraktor telefon lagi cakap still takder karen dan tak boleh buat kerja. Amboiii engkau!!! Awal2 ritu engkau terkedek2 wat kerja, bila tau karen takder nak tunjuk terrorlah plak eh.
Lepas tu contact balik pemaju tanya status aduan, sekali dia suh buat balik aduan sebab tak perasan aduan haritu. Aduh makkkkk haaaiiiii hangin mokcik tau. Lepas beberapa hari, en. Suami telefon balik pemaju. Boleh plak dia kata kena telefon balik orang yang masukkan karen haritu balik. Aikkkkkk kalau orang tu boleh sattlekan, apsal hari tu dia suh cakap kat pemaju. Kalau korang hangin tak hangin tak.
Makanya hari ni mokcik turun padang sekali bila orang yang masukkan karen tu nak datang hari ni. Entah orang bangsa apa pon tak tau. Nasib boleh cakap Melayu. Tapi bukan orang yang haritu kata en. Suami. Bila dia cek meter tu, memang betul karen dari TNB tak turun ke meter. Dia ulang ayat yang sama suh telefon pemaju. Haaaaaa nak sangatlah tengok mokcik naik hangin kan kan. Meh mak tiri nak menjerit. Haritu orang engkau datang kata suh cakap kat pemaju. Aku cakap kat pemaju, pemaju suh engkau datang. Hari ni engkau suh cakap balik kat pemaju. Engkau cek betul2 sekarang!! Takkan tiap2 minggu engkau nak datang lepas tu suh cakap kat pemaju. Lepas tu dia cakap itu TNB yang pasang, dia tak ada alat nak buat. Ok engkau panjat sekarang!! Cek sekarang. Saya suh en. Suami telefon pemaju sekarang cakap sendiri ngan orang tu.
Lepas tu en. Suami pilah tolong ambikkan tangga kayu kontraktor kat belakang. Cepat2 orang tu panjat. Lepas tu goyang2 skit cable tu. Baru Nampak ada nombor naik kat meter. Hah kan boleh tu!! Nak aku jerit2 barulah nak buat betul2.
Lepas tu saya en. Suami cek plak plug. Ada 2 plug tak masuk karen. Suh jugak dia buat tadi. Sattle sudah.
No comments:
Post a Comment