MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, July 22, 2013

N3 riak

Ingatkan hari ni taknak masukkan N3 juadah berbuka. Sebab ada orang tegur kat FB tadi asik tunjuk gambar makanan bulan2 posa ni tak baik dan nanti jadi riak. Tapi............ada plak kengkawan yang tanya mana N3 berbuka semalam. Lepas tu cakap seriussss tak sabar nak tengok huhuhu.

Sambil usik2 jerawat kat muka saya cuba cari jalan nak jaga hati pembaca. Dah berlagak retislah pulak mokcik ni. Lepas dah merenung 2 kotak kurma yang belum sempat bawak balik kat tepi saya ni.........demi menjaga hati semua pihak, maka dengan itu kita unfriend itu orang dan kita Up N3 juadah berbuka akakakakakaka. Tapi kalau dia nak bukak jugak belog mokcik.........

Pssssttttt ini gambar juadah berbuka semalam sambil cakap sorok2 ok!!!. Udang yang beli kat kampung en. Suami ritu ada separuh lagi. Masak sambal sekali lagi dan goreng separuh untuk Arfan. Takut Wafiy takder lauk buatkan sayur meehoon untuk dia. Ada dua jenis bubur lambuk. Yang putih babysitter Mia bagi. Yang oren tu kawan en. Suami bagi. Baki kari ritu untuk mee kari panaskan balik untuk cicah ngan lempeng keras baki semalam mokcik culik dari rumah mertua pon panaskan balik buat tambah2 juadah. Kurma tu dari PPK Endau ritu.
 
Riak ker riak ker??? Lepas tu hidang kat meja beli 5 tahun lepas dengan harga RM150. Ada 4 kusi jerk pulak tu. Bila Mia pon nak mengacau sekali terpaksa seret kusi lemari solek yang en. Suami beli sebelum kawin lagi tu. Dinding rumah pon dah kusam asik kena conteng jerk dengan bebudak ni. Terpaksalah saya focus supaya tak nampak dinding hah. Perrgggghhhh giler riak nko mokcik!!!!!!

4 comments:

Kak Uda ila said...

Syedap giler lempeng tu mokcik. Riak tak riak., inilah kehidupan sebenar nak buat macammana, yer dak. Teruskan ajerlah apa yang awak suka mokcik. Kak Chik follow jer.. huhu

Azlina bt. Azis said...

hehe tq baca

gee ahmad said...

huhuhuh.. riak eh.. kesian ko kak...x per.. teruskan usaha.. klu nak masukkan N3 kmee kari banyak2... saya suka.. saya sukaaaaaa....huhuhuhu... bulan posa x bek dengki mendengki yer...

Azlina bt. Azis said...

hanya yg suka jerk yg memahami huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...