MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, January 2, 2013

Kek pra birthday Mia

Asik merengek nak beday to you semenjak hari Jumaat ritu. Sapa nyer hasutan ni. Ni yang wat mokcik hangin ni. Bila Mia merengek, dia suka cubit dan pukul2 saya. Sakit tau. Lagi marah, lagi menjadi.

Hari tu, masa ambil dia dari rumah pengasuh, dia merengek lagi. Lepas tu mengamuk sakan bila saya kata birthday dia lambat lagi. Bila sampai rumah, dia balas dendam dengan koyakkan pamplet econsave. Berselerak satu rumah. Rasa cam nak tenyeh mulut penghasut tu tau. Menyusahkan mokcik jer.

 
Memang ada hajat nak beli kek pada 10 Januari nanti masa birthday dia. Jadi, malas lah nak layan kan bila ada permintaan awal ni. Masa pergi Harris nak beli stationery Arfan dan Wafiy ritu, dia merengek lagi. Saya kata kejab. Lepas ni beli. Bila dah jalan2 dan nampak cam dia dah lupa dan sebenarnya saya pon dah terlupa, kami pon balik. Bila sampai kat kereta, dia mengaruk2 nak beday to you lagi. Sebab kedai kek kat tingkat 3 dan kami dah sampai parking kat tingkat bawah sekali, kami terus jer masuk kereta. Rupanya peperangan berlaku sepanjang perjalanan balik. Huh!!! Ganas betul budak Mia ni. Lotih mokcik nak melayan. Nasiblah lalu kat Season Mount Austin. Belikan dia sepotong kek. Dia yang pilih sendiri ok! Nak pegang sendiri pulak tu masa nak bawak balik.

Sampai rumah, tak nyempat2 nak nyalakan lilin. Nasib ingat nak mintak. Kek pon dah lintang pukang rupanya. Asal menyala, asal leh tiup lepas tu makan. Baru tenang dunia.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...