MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Thursday, January 3, 2013

Di hari pertama persekolahan Wafiy

Semalam saya ambil cuti. Sajer nak tengok macam mana Wafiy memulakan hari pertama persekolahan. Saya beranggapan dia secekal Arfan untuk menguruskan diri sendiri. Tapi tetap nak temankan dia sebab nak tengok saat2 pertama dia masuk sekolah.

Lepas dah pakaikan pakaian sekolah agama yang lengkap dengan samping dan songkok, amboi!!!!! handsome gak anak mokcik ni. En. Wafiy pon bukan main bersemangat semalam. Maklumlah serba serbi baru.

Kami sampai di sekolah agama jam 8.15 pagi. Sedangkan dia akan masuk kelas jam 8.45 pagi. Arfan dah di dalam kelas sebab sesi persekolahan dia jam 7.15 pagi hingga pukul 8.45 pagi. Maknanya lepas Arfan habis kelas, Wafiy pulak yang akan masuk kelas.

Dalam masa menunggu tu, Wafiy cakap nak buang air BESAR!!!!!. Saya pandang kiri kanan dan ternampak toilet di hujung bangunan sekolah. Saya tunjuk pada Wafiy. Tapi dia minta saya temankan.
Eh!! Selalu ok jer masuk toilet sendiri. Muka dah berkerut, nak jugak saya temankan. Malas nak cakap banyak, saya pon ikut dan teman kat depan pintu toilet. Wafiy suruh saya masuk.
Eh! Mana boleh. Ini tandas lelakilah. Mulut dah moncong. Adoiiiii!!!! Tapi sebab line clear saya masuk jugak. Wafiy nak bukak terus seluar dan spender dia tapi tersangkut kat kasut. Jadi saya cakap tak payah londehkan sampai lutut jer. Dia berkeras jugak nak bukak dan watak2 nak menangis dah muncul. Malas nak layan drama dia, saya pon bantu tanggalkan seluar tapi sarungkan kasut semula. Saya pimpin masuk ke dalam toilet dan tolong bukakkan air. Tak sampai setengah minit, dia keluar. Air mata dah menitik. Dah kenapa ? Lorrrr kasut dah basah kena air pulak. Saya suh bukak kasut tu sebab nak pakaikan seluar. Dia dah bantai meraung.
Kita belum cebok uwaaaaaaa. Huk alah.... pening paler mokcik.
Meh, meh, mama cebokkan.
Tak nak, nak cebok sendiri.
Hah! Pilah cebok.
Nak bukak kasut.
Oooo...bukakkan kasut. Keadaan yang tadi handsome leh kawin 4 sekali gus dah bertukar cam kelakar giler biler berbaju melayu, bersongkok dan bersampin sahaja. Yang lain sumer mokcik kena pegangkan hahahahaha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...