Masih dibilik walaupun dah jam 7.30 pg. Sebabnya tak boleh makan. Dah cuba malam tadi. Tapi tak boleh jugak. Makin paksa, makin sakit. Makin terasa bertambah luka.
Dah masuk 7 hari sebenarnya mulut terasa sakit. Tanda nak baik lom ada lagi. Salah sendiri gak, main sumbat jer walaupun dah terasa sakit. Ambik!!!! Start Sabtu lepas dah jadi teruk. Nak makan apa pon dah tak boleh.
Mulanya sebab makan keropok ikan kerisi yang saya beli kat Mersing haritu. Saya beli masa perjalanan balik dari Mesyuarat Pengurus Besar dekat Hotel Seri Malaysia Rompin minggu lepas.
Memang lelangit mulut ni senang terluka kalau makan mender2 kasar ni.Walaupun gula2. Macam biasa saya tahan jer. Makan jer macam biasa. Dua tiga hari luka tu tetap akan baik jugak.
Tapi kali ni, lain benar kejadiannya. Makin lama, makin parah. Mana taknya, mak masak kari ayam kampung, asam pedas, goreng pisang, goreng cempedak. Sumer saya kasi sumbat. Sekarang ni, bukan kata nak makan, nak minum, baring2 macam ni pun perit jer rasa lelangit ni. Rasakan uwaaaaaaa
No comments:
Post a Comment