MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, January 13, 2013

N3 Penting. AWAK kena baca dan hubungi saya segera!

Saya mintak maaf banyak2 sangat sebab belum dapat pos item Tupperware yang AWAK order dan dah bayar dengan harga postage sekali. Sebabnya saya terbasuh handphone saya dalam washing machine hari Jumaat lepas. Uwaaaaaaa nasiblah handphone ala2 3310 tu. Itu pon tergerak hati nak seluk tangan kat dalam washing machine tu bila dengar gedegang gedegung. Biasanya mokcik biarkan ajer sebab ingat syiling kot huhu.

Lupa nak keluarkan dari poket seluar yang mokcik pakai masa pi kedai mamak. Maklumlah en. Suami yang belanja malam tu. Jadi, malaslah nak bawak beg bagai.

Malam tu, saya dengan berbesar hati duk bungkus order tu. Bila dah siap dan nak tulis alamat, baru terpikir no. telefon, nama dan alamat tak sempat nak salin. Uwaaaaaaaa!!!! Cam maner ni????

Saya pon tak pasti dari mana AWAK dapat no. telefon saya tu dan order barang. Macam busy skit ritu. Jadi kusut skit nak tanya itu ini.

Saya amat2 berharap AWAK kenal saya melalui blog ni, atau pun Facebook. Kalau dah terbaca masalah ni, boleh mesej saya semula. Nama dan alamat AWAK untuk penghantaran barang. Tolonglah!!! Tolong bagi feedback. Saya janji taknak cuai lagi uwaaaaaaaaaa!!!!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...