MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, January 13, 2013

3 warna ler bukan 3 suara

 
Hahahahaha sangat suka dengan bekas2 gedabak ini. Masa mula2 berkecimpung dalam Tupperware, saya simpan warna pink tu 2 untuk kegunaan sendiri. Biasanya warna tu keluar bila nak raya Cina jerk. Maknanya setahun sekali jerlah kan boleh beli. Secepat kilat mokcik sorokkan 2. Huhu cam sorok emas gamaknya.

2 tahun lepas, masa raya puasa, saya keluarkan 1 dan guna untuk masukkan keropok ikan yang saya dah goreng. Hamboiii muai betul. Satu paket keropok ikan tu pon tak penuh dalam tu. Kiranya keropok2 tu leh bernafas dengan baik dalam tu sebab tak payah kita nak penyuk2kan. Kalau bekas tak cukup besar, kan nanti patah2 keropok tu kan. Lepas tu, dah nampak tak cantik dan tak gebuzz. 

Bila kawan en. Suami datang umah, dia merengek2 nak beli. Saya kata dah habis. Boleh pulak en. Suami pecah tembelang kata ada nampak satu lagi kat bilik Tupperware saya. Terbeliak mata dan serta merta kata tak jual. Saya nak pakai sendiri. Dia pujuk2 nak beli jugak. En. Suami pulak kasi bakar2 kata buat apa nak simpan banyak2. Jual jerklah. Dengan berat hati lepaskan jugaklah huhu.

Lepas  lepas tu kuar plak warna hijau. Warna ni plak biasa kuar masa nak raya puasa. Kali ni, saya simpan satu jer. Sebab bukan warna peberet saya. Tapi tetap suka nak simpan wat koleksi. Masa raya puasa tahun bila erkkk!!! lupalah, masa tu setiap cawangan kat LPP Johor ni kena sediakan hidangan untuk jamuan raya. Cawangan kitaorang bersepakat sediakan koktel. Hehehe dengan bangganya saya guna bekas hijau n pink tu siapkan koktel. Di akhir jamuan, koktel kami kontang dikerjakan. Tak tahulah sebab sedap sangat ker air tangan mokcik ni, ke sebab bekasnya menawan ker ker hehe

Huh! Lega mokcik tau dah rembat warna pink tu. Sebabnyer......raya Cina tahun ni warna oren plak yang kuar. Huh!! Boleh nanges kalau tak rembat awal2 tau warna tu dulu huhuhu. Maknanya koleksi saya setakat ni ada 3 warna. I Like!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...