Sekali sampai...hah!!!!! Kereta berhimpit2. Maklumlah nak ambil duit. Cuba kena bayar duit huhu. Masa hari daftar sekolah pon tak sesak macam ni. Masa sampai dah jam 11.00 pagi. Bila masuk, punyalah ramai orang. Mana taknyer, parents budak darjah 1 sampai darjah 6 datang serentak. Siap nak kena ambil no. bagai. Lepas tu daftar nama (aiiii macam2 borang dah isi apsallah tak cetak nama awai2 cikgu2 oiiiii) Lepas tu tunggu YB nak berucap dulu. Apaaa?????? En. YB lom berucap lagi ??? Hambik berpinaulah mokcik menunggu ni kang.
Saya bolehlah bersabar lagi sebab baru jerk sampai. Parents yang tagih JANJI dah datang sebelum pukul 10.00 pagi tadi boleh bersabar ker ?? Hari ni, kan hari kerja. Semua pon rushing nak sambung kerja kan. Dah terpandang2 bos masing2 buat muka ketat bila sampai kang. Mokcik ni lain ler. Tengah takder bos hahahaha. Mulalah kuar dah bunyi2 gemersik2 kalbu untuk cikgu2 tu kan.
Bila dah macam2 bunyi keluar, akhirnya cikgu2 bagi gak duit sekepala RM100 tu ikut no. giliran tadi. Pukul 11.30 pagi baru bunyi YB nak berucap. Parents dah bersesak nak ambil JANJI masing2. Bila dah dapat semua hai2 bye2 ler. Sampai giliran saya, cikgu cakap, tak nak tunggu sampai YB habis berucap ker? Kesian dia berucap takder orang hah! sambil tersipu2 saya cakap kena kerja ni. Dah janji nak kuar tak lebih 4 jam. JANJI DITEPATI !!!. Cikgu tu senyum. Dia pon dah pening gak melayan parents dengan macam2 perangai kan. Masa tu dewan dah lengang. Adalah beberapa parents yang tak kerja kot ritu. Tunggu gaklah untuk dengar YB berucap. Oklah tu dari takder kan.
Bila dah kuar dari sekolah, mak aiiii buang tebiat apa keta mokcik seketui parking punyalah jauh. Nasiblah cuaca dah mendung ketika tu. Taklah berpeluh cam masa datang tadi. Yang penting duit yang ritu pinjam duit tabung bebudak ni dah boleh bayar balik. Alhamdulillah....TQ PM
Sekolah kat depan perumahan yang atap merah tu ok!!!
No comments:
Post a Comment