Sejak umur Arfan 4 tahun dan ketika itu dia di NURI EDUCATION, dia sudah diperkenalkan dengan Taekwondo. Hatinya meronta2 dan merengek2 nak mempelajari ilmu itu. Paling merimaskan semasa awal tahun, iaitu semasa borang kemasukan diedarkan. Ketika itu, saiznya amat kecil dan tersangat aktif. Kami suami isteri merasakan Taekwondo masih tidak sesuai untuknya. Kami mengambil langkah memekakkan telinga. Ada ketikanya bila keadaan tidak terkawal, urat jari tangan saya mula membengkak dan sakit beberapa hari. Sedangkan dia hanya menangis beberapa minit dan merajuk seketika, kemudian masuk kedunianya seperti biasa. Pernah juga teacher NURI merayu supaya mendaftarkan Arfan kerana rasa kasihan bila rakan2 lain membuat latihan, Arfan akan mengikut dari jauh dengan begitu bersemangat. Saya hanya tersenyum dan membuat janji untuk berbincang dengan suami. Drama yang sama muncul lagi semasa awal persekolahan semasa umurnya 5 tahun, 6 tahun dan darjah 1. Kali ini kami masih tidak dapat memenuhi impiannya kerana latihan Taekwondo diadakan pada hari Sabtu. Saya cuti pada hari itu, Wafiy dan Mia perlu dijaga. En. Suami pula perlu pergi kerja awal pagi. Dari sudut yang lain, rasa amat lega kerana Arfan tidak bersekolah pada hari itu. Keghairahannya lenyap kerana tidak menyaksikan latihan setiap minggu.
Tahun ini, Borang kemasukan Taekwondo muncul lagi. Drama lama berulang kembali. kami suami isteri kehabisan alasan. Latihan diadakan setiap Ahad jam 10 pagi. Mama cuti, baba pun cuti. Kalau dua2 tak boleh hantar, Arfan boleh jalan kaki. Huhhhhhh......baik bos!!!
Semalam hari pertama pendaftaran. Pendaftaran, uniform dan yuran bulanan semuanya RM105.
Saya tersenyum melihat gelagat Arfan yang begitu bersemangat hari itu. Langkahnya begitu confident dan padu. Sedangkan ada rakan lebih montel dan tinggi darinya teresak2 menangis kerana dipaksa parents untuk turut serta. Ada pula awek2 yang malu2 untuk membuat pergerakan dan ada juga yang sakit lutut selepas membuat latihan menendang. Arfan hanya mengikut segala arahan jurulatih tanpa memandang kekiri dan kanan. Hembusan hetzzzz yang keluar dari mulutnya kedengaran nyata. Mana taknya pagar yang tumbang belum ada gantinya.....
No comments:
Post a Comment