MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, October 29, 2014

KICKSTART ACADEMY

Haha tajuk cam nak belajar kungfu jerk kan haha. 
Sekarang ni seriau jerk bunyi orang kena bunuh, kena rompak, kena culik, kena itu, kena ini haiiissssshhhh seramnya. Tapi kalau nak culik Mokcik ni, memang idaknyalah akakakaka mau mandi spa penculik tu nak nyeret lemak2 tepu ni.  

Jadi manusia kat muka bumi Allah ni, banyak hal kita kena hati2. Bukan setakat orang luar, orang yang bertahun2 kita kenal, darah daging kita, orang yang tidur sebantal ngan kita pon kalau tiba2 datang angin meroyannya kita wajib sedia untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

Mencegah adalah lebih baik dari mengubati biasa kita dengar untuk elakkan penyakit, tapi nak elakkan jenayah pon leh pinjam peribahasa tu. Tak payah nak create lain2 peribahasa.

Mokcik pergi seminar ni semalam. Sangat bagus untuk kita refresh balik otak kita yang dah nak terlupa2 sebab pagi petang siang malam hidup tenang jerk tanpa gangguan. Kalau bukak paper pulak dengar macam2 kan. Cuma nasib kita baik tak terserempak dengan individu2 merbahaya ni. Tapi jangan ingat orang yang hilang kewarasan ni takder kat sekeliling kita. Seminar ni mengajar cara2 untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah. Bukan untuk menangani jenayah tu. Kalau dah tak boleh nak elak pon, dia bagi jalan mudah dan paling senang orang yang takder apa2 kemahiran macam kita ni untuk tangani.

Inilah Master Saiful yang tak jemu menyampaikan langkah2 terbaik daripada diserang, Mokcik pon tak jemu2 menghayatinya sampai tengahari. Pakcik ni penceramah dari Kickstart Academy dan banyak buat kajian berkenaan sains jenayah di seluruh dunia gitu.. Tengok gaya macam chefkan......tapi skill dia mempertahankan diri sangat tinggi. Mokcik agak mungkin dia ada Taekwondo ker, karate ker sebab pandai sangat buli budak2 dia. Tapi apa yang dia mahu kita buat bukan sepakar dia. Just buat apa yang kita mampu macam terus lari, tampar dahi, tampar pipi, tampar tengkuk, cubit, gigit, pijak kaki, tendang lutut dan yang paling penting lariiiiiiiiiiiiiiiii.


Masa break Mokcik pon start menggedik haha. Ambik gambar ngan budak beza 10 tahun, perangai pun kena turun 10 tahun jugak egegegegegeeee.

Budak2 yang ikut Master Saiful ni memang mintak kena lempang jerklah nampaknya haha. Tapi Master ni cakap budak2 ni selain ikut dia, dorang ni chef, pelakon, dan pemuzik. Paling penting yang Master Saiful sebut yang Mokcik mesti kena ingat selalu. 'Jangan lihat orang buruk jahat dan jangan lihat orang cantik baik.' Bye!

9 comments:

Lynn Huraiza said...

wahhh...bagus ek...kalau x preggy nak jer kita joint seminar tu semalam kak...

budakbandunglaici said...

wah bestnya...

Azlina bt. Azis said...

preggy lagi bagus joint yunk

Azlina bt. Azis said...

budakbandunglaici..sangat best

Kak lin said...

Join kami .. Berkongsi tips

Kak lin said...

Join kami .. Berkongsi tips

Kak lin said...

Jemput dtg ke program master ..kami team selalu berkongsi tips2 yg sngt berguna .. Sy salah satu traner di kickstart ..dn senior traner .. Org kuat master saiful ..

Kak lin said...

Jemput dtg ke program master ..kami team selalu berkongsi tips2 yg sngt berguna .. Sy salah satu traner di kickstart ..dn senior traner .. Org kuat master saiful ..

Unknown said...

Assalamualaikum... Bagaimana cara nk hubungi master saiful.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...