MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, October 6, 2014

COCONUT SHAKE BATU BERENDAM MELAKA

Baru tulis tajuk, dah menjejes2 air liur rasa nak pekena lagi huhu. Kalau korang datang area Batu Berendam, lepas tu nampak ada orang beratur panjang, pi jerk ikut beratur sama akakakaka boleh!!! Tapi memang kalau waktu peak kena bersabar sikit sebab ramai orang. Coconut Shake kat sini antara yang terbaik Mokcik pernah jumpa. Ada orang kata area2 Tengkera ngan Pantai Puteri pon ada gak tapi pernah beli sekali macam tak cukup rasa. Tapi kalau kat sini, korang tak payah ragu2 memang sedap, kalau tak sedap idaknya Mokcik nak repeat2 bagai hokey!!

 
Dulu2 just ada gerai pacak kat tepi jalan kat sini jerk. Adalah 2 meja panjang sederet bila nko makan tunduk jerk sebab malu bila dah semeja ngan orang lain haha. Makin lama makin banyak pulak dorang buka meja sekarang ni, bolehlah korang menebeng lama2 sikit. Kalau korang tak berapa sure tempat ni, tanya jerk orang kat mana tapak pasar malam Batu Berendam sebab kat situlah tempatnya. Nko tengok baper punya banyak daaaaaaa kelapa muda dia pakai. Air kelapa tu pulak korang boleh minum free jerk siap boleh tambah2 lagi selagi perut tak kembung ekekeke.
  
Hari tu pi dengan en. Suami berdua gitu sekali tengok tempat sikit punya penuh, tarik nafas dalam2 sebab macam lambat jerk nak tunggu turn. Sekali budak coconut shake tu cakap boleh masuk kat rumah kedai betul2 kat belakang gerai tu. Rupanya dorang dah luaskan kuasa sampai kat kedai tu jugak. Kalau nak privasi lebih best kat sini. Tapi kalau kosong kat luar, Mokcik lebih suka duduk kat bawah payung tu, happening sikit.

Coconut Shake biasa RM2.50 then yang special tambah ice cream tu RM2.80.


Hari tu pi ngan en. Suami kongsi nasi lemak makan berdua. Coconut shake tak boleh kongsi yer nanti tak cukup ngeeeee.

Suka tengok konsep tempat ni. Nampak meriah dan moden.

Selain tu ada yong tau fu dan makanan lain. Ada sekali tu pi melepak ngan Iza. Pekenalah yong tau fu dia. Pon sedap tak menghampakan. Kuah dia ada rasa tambahan sup daging.

Ini gambar semalam masa on the way balik JB. Singgah jab tapau buat minum2 dalam perjalanan. Bye2 Melaka!!!



2 comments:

Lynn Hamzah said...

Kat sini juga kitorang minum khamis lepas...mmg best...

Azlina bt. Azis said...

kalau minum jumaat, sabtu dan senin mesti jumpa akk haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...