MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, October 8, 2014

ABC KAMPUNG MELAYU

Ini kisah dah lama, tapi sebab makanan punya pasal kena masukkan jugak dalam blog sajer nak kasi korang ngeces haha. Haritu tetiba teringin nak makan ABC. Nak pulak ABC kat Kampung Melayu. Dah lama sangat tak pergi ni. Mau ada 5 tahun kot sebab tempat tu crowded sikit. Nak bawak kanak2 ribena banyak perangai susahlah sikit. Tapi tempat makan tu dah takder. Tak taulah sebab kasi renovate ker atau kasi hapuskira terus. Pujuk2 en. Suami, dia pon google dengan kawan2 dia. Yeyyyyy!!!!! I lap U lah darling. 

Dulu masa zaman mengenali hai budi memasing (aauuuuwwwww comel jerk munyik haha), Mokcik laki bini suka gak datang kat gerai ni. Tapi bukan kat lokasi nilah. Kat tempat yang dah kena roboh tu. Tapi dekat2 jerk. Tapi tak boleh nak romantik2 sebab kejab2 kang ada ajer yang menegur sebab ramai nau kawan2 en. Suami berniaga area situ. Tak privasi langsung, tapi Mokcik suka sebab makanan semua sedap2. Kalau korang nak pekena ABC, cari jerk Kampung Melayu kat JB ni, pusing2 nampak merimbun jerk orang duduk2 makan kompomlah ini tempatnya. ABC Kampung Melayu adalah antara makanan terbaik di Johor Bahru Mokcik tak tipu. Tanya jerk orang2 kat sini mana nak pekena ABC best, mesti mulut sebut ABC Kampung Melayu. Bukti yang lebih kukuh korang tengok berapa punya panjang daaaa orang beratur nak tapau ABC tu. Service laju, jadi korang jangan risau kalau setakat nak tapau balik.

Belum habis cerita lagi yer, kalau nak tapau balik, cepat. Kalau nak landing kat situ ada sedikit masalah sebab ramai nau orang. Nak dapat meja ni, Mokcik kena jaga line sini. En. Suami pi nun.....line sana. Dapat jer meja cepat2 duduk lepas tu lambai2 en. Suami menandakan Mokcik dah berjaya haha.


Waktu ni Wafiy tengah mengimbas detik2 merebut meja. Dia kata baru jerk dia nampak ada orang bangun dari meja, Mama dah panggil. Tak dapatlah kita nak eksen. Poyo! Balas Arfan.

 Ada aku kesah!!!!

Hari tu order 2 ABC then 1 ais jagung. Order banyak2 kang tak habis, membazir! Mokcik konon diet tak nak makan. Nak makan ABC jerk, tapi ABC tu dok depan cik Mia tak boleh tarik sikit pon. Terpaksalah panjang2kan tangan ke mangkuk Wafiy ekekekee.

 Suapkan anjer2 ni. Makin besar, makin banyak perangai.

Nampak sangat muka frust tak dapat nak menikmati ABC. Siat2 tisu jerklah!!!!

4 comments:

Cik Rose said...

a'a pindah sementara kan. dorang renovate. pasar pun sama kan...

Azlina bt. Azis said...

oo pindah sementara erk?? mintak2 tpt baru nanti lebih selesalah yer.

Lynn Huraiza said...

kak ina...entry sama la plak petang nie...kita pun update citer abc kampung melayu gak...

Azlina bt. Azis said...

dah sama2 makan magnum tadi haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...