MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, October 13, 2014

BUMBUNG JEJANTAS RUNTUH

Korang dah tengokkan gambar kejadian ni??? Berlambak dah kat fb bila Mokcik cek tadi. Pagi semalam Mokcik bagus jerk ikut jalan tu sebab hari Ahad jalan tu lengang sikit then pendek dari jalan biasa Mokcik guna. Pukul 7 lebih sikit dah sampai opis lepas tu bangga2 pi thumprint sampai 5 6 kali akakakaka jakun skit. Sekali petang en. Suami bagitau ada jejantas runtuh kat Jalan dekat Taman Kobena. Gambar pun dah menderu2 masuk whatsapp.

Rupanya bukan jejantas yang runtuh tapi atas jejantas termasuk bumbung yang melayang ke atas jalan sebab ribut kuat sangat semalam. 1 lori dan 1 kereta kena hempap dan pemandunya cedera ringan. Seram betul dengarnya ni.

Semalam petang kat ofis memang hujan. Tapi setakat hujan biasa2 jer. Tempat kejadian bukanlah jauh sangat pon dengan ofis. Dalam 20 km jer rasanya. Dengarnya berlaku dalam pukul 4 lebih petang semalam. Time2 Mokcik baliklah tu. Alhamdulillah tak ikut jalan tu, maunya maghrib tak sampai2 rumah lagi. 

Wajah2 gembira haritu masa balik dari kampung sempena Hari Raya Korban. 


Manalah kita boleh jangkakan perkara2 yang akan berlaku. Sentiasalah baca2 ayat pelindung kalau dah ketentuannya ajal, biarlah caranya mendapat keberkatan.

Mohon perlindungan mu Ya Allah!

1 comment:

Lynn Hamzah said...

lynn pun x ikut jalan tu semalam kak...kalau x memang masak dalam kete...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...