MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Saturday, October 18, 2014

SUKA MASAK..MALAS NAK BELAJAR MASAK

Haha paham tak maksud tajuk tu. Sajer nak kenakan korang berfikir pagi2 Ahad ni. Asik Mokcik jerk pagi2 orang pertama sampai opis sedangkan korang berdengkur lagi kat rumah. Meh bangun!!! Layan jab Mokcik ni boring betul hari ni sebab ramai nau dah sambut raya hah!Melampau erk korang semua raya pon sapu.

Semalam lepas memasak, Mokcik pi keluar nak sidai kain baju, lepas tu jiran sebelah tegur.
"Masak tomyam hari ni?"
"Eh! Bau sampai rumah ker?"
"Tadi keluar kat belakang. Terus terbau. Rajin erk masak. Sampai dah hitam exhaustfan akak."
"Abang nkolah ni, pemalas nak bersihkan selalu." Tiba2 salahkan laki haha. Budak ni pon nak puji ker, nak kutuk exhaustfan Mokcik heh!
"Saya ni malas nak belajar masak. Laki saya boring asik makan benda sama. Selalu makan kat luar jerk." 
Hehe nko berdua dik, bolehlah selalu makan kat luar. Kalau Mokcik pon sama gak..eh! eh! Tak2 dulu2 masa berdua pon Mokcik masak gak sebab laki Mokcik masa tidur jerk ada kat rumah, masa lain dia asik kerja3 konon! 

Eh! Rajin ghupernya Mokcik ni yerr!!!!! Haha tapi........................sebenarnya Mokcik pemalas nak belajar masak akakakakakaaka. sama jerk macam nko dik non!!!!

Mokcik ni akan masak benda yang sama selang beberapa hari. Contohnya cam tomyam tu kan kan, rasanya dalam sebulan, kira2 ada gak seminggu Mokcik masak menu tu akakakaka. Kalau asam pedas pon sama hari ni asam pedas, lusa asam pedas, 2 3 hari lagi asam pedas lagi, minggu depannya asam pedas lagi, mau tak seminggu akakakaka. Jadinya dalam sebulan adalah  keluar 5 ke 6 menu sahaja akkakakaka giler punya pemalas nak belajar masak kan kan.

Contohnya rendang ayam omak den ni hah. Mokcik suka makan ni, kalau dah habis ayam dia, siap leh gesek dengan jari kat pinggan dia lepas tu jilat sampai licin akakakaaka. Tiap2 tahun sebelum raya orang tua tu yang masak sendiri. Kalau puan Mak suruh goreng kelapa, Mokcik pon gorenglah, kalau dia suh mesin bawang, Mokcik pon mesinlah, kalau dia suh potong daun kunyit pon, Mokcik pon potonglah dan yang paling penting kalau nak suruh rasa tawar masin pon, Mokciklah orang pertama pi hulur lidah akakaka. Tapi untuk buat sendiri, nak makan sendiri kat rumah, belum lagi. Mokcik malas eh nak belajau cara nak memasaknya. Entah kenapa sangat pemalas. Kata orang belum sampai seru.



Rendang Cili kerang ni pon sama. Masa tolong2 kacau tu, Mokcik ada tanya2 jugak puan Mak letak apa, masuk apa, lepas tu apa..........tapi langsung tak masuk dalam otak sebab malas betul rasanya nak pikir. Tapi kalau makan, pinggan lom letak kerang dah masuk mulut dulu ngeeeee. 


Seronok betul bila tengok orang lain masak bermacam2 menu. Sampaikan kang pagi lain, tengah hari lain, malam kang lain pulak ohmakaaiiiii super duper rajin itu. Mokcik ada gak teringin nak masak segala jenis laksa, lasagna bagai ker, spageti ker. Bila makan kat kedai kang, yang sorang ni suka, yang sorang ni kang eeeiiiiiyakkkk, sorang lagi dah buat main pondok2. Lom lagi Mokcik masak tahap itu, kalau masak cekodok, paling2 lebih pon leh masukkan sosej jerk. Nko buatlah lain sikit masukkan carrot ke. Sampai malamlah cekodok tu terbiar, paling kebulur pon kang di koreknya carrot tu bersepah kat atas meja. Itu belum lagi masukkan ikan bilis ker, daun bawang ker. Rendang2 bagai tu pon, budak2 ni bukan nak makan pon. Pedaslah, daun apa ni, tak cukup kuahlah, tapi kalau kari oklah pulak. Pelik yang amat budak2 ni. Ini bukan penyakit anak2 jer hokey, dengan bapak2 dia sekali selera tak berkembang. Korang paham tak apsal Mokcik malas nak belajar masak???  Jawab sendirilah bye2 selamat berhujung minggu muaaahhhhh haha.











































2 comments:

Lynn Huraiza said...

hahahahah...faham dah...tapi teringin nak makan mee kari kak ina...macam mana nie?

Azlina bt. Azis said...

uuuiiitttttttt haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...