MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, October 7, 2014

THE WINDMILL STATION

Kisah masih berkisar di negeri Melaka. Ini bukan makan yang dirancang sebab lauk untuk makan malam banyak jerk lagi kat rumah. Tapi dak Iza punyalah excited nak ajak kitaorang makan kat sini sebab super duper sedap katanya. Okeylah kita pergi jugaklah layankan dia then paksa dia bayar semua walaupun pinggan Mokcik anak beranak yang lebih licin akakaka.

Pergi restoran western pukul 10 malam giler kalau tak gemuk haha.  Restoran The Windmill Station ada 2 tempat. Kitaorang pergi yang open sebab bawak kanak2 rebina tak tau diam kat Melaka Raya. Dekat2 dengan Mahkota Parade. Korang Google jerklah yerk kalau teringin nak telan western kat bandar Melaka tu. Masa sampai ni, Mia dan Wafiy dah tertidur dalam kereta. Ini yang Mokcik lemah.... kejab lagi kompom ada adegan sentap2 punya.

Umpan Wafiy dengan ice cream oreo supaya tak buat perangai sebab tak cukup tidur. Dia mintak fish n chip gak. Tapi Mokcik suh kongsi jerk sebab tau kang mesti tak habis sebab mengantuk. Memang betul pon, habis jerk ice cream, dia sangkut dagu kat meja lepas tu berdengkur balik. Nampak budak yang samar2 dalam kegelapan tu haha. Tu pon tengah tahan mata dah mengantuk sangat tu. Makan pon tak habis.


Nampak macam ceria kan kan. Hangin jerk Mokcik layan perangai budak ni. Dari turun kereta sampailah masuk kereta balik dia mengaruk2 rasa nak siku jerk. Tu ice cream susah nak senduk pon leh jadi isu sampai terjerit2.
Lupa pulak nama ice cream ni.
 
Fish n Chip punya portion agak besar untuk Mokcik dan Arfan. Kalau tak lapar sangat boleh kongsi2.

Chicken Chop (Grill) pon portion besar. Tapi en. Suami tak suka kentang lenyek dia. Ada rasa tak cukup empuk sikit. Tapi part lain licin macam tak makan sehari datang sini.

Gambar lamb chop ini dari telefon dak Iza yang menyedihkan. Haper pon tak nampak. Masukkan jugaklah dalam blog kesian dah penat2 whatsApp bagai.

Bapa mithali suapkan makan kat anak dara dia dah nganga cam anak burung haha. Eh! tu pinggan Arfan tak habis makan en. Suami tolong sattlekan. Tengok pipi! Berbukit2 dah haha.

Dak Iza n en. Husband yang giler kucing. Eh! Gambar dari tepon saper pulak terblur2 gini????

1 comment:

Lynn Hamzah said...

nampak macam best jer...nanti leh gie terjah...hihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...