MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, January 28, 2014

MATA, KACANG BOTOL

Kuang hajak!!!! Tapi tak tau nak marah saper. Pagi tadi dah rasa macam tebal jer kat bawah mata ni. Dah tak rasa sakit ker gatal ker. Mesti kena gigit malam tadi masa tidur. Mokcik kalau dapat tidur, laki berdengkur bergegar dinding pon tak sedar dah haha. 

Tengahari tadi tidur lagi kat surau. Haha kaki tidur sekarang ni. Pantang jer kepala ni kena letak. Hanyut terus. Bila bangun rasa mata tadi gatal2. Siap2 basuh muka pi tengok kat cermin. Mak aiiii kena gigit lagi???? Dah start berbintat kat hujung mata.Makin teballah bawah mata ni. Rasa tak selesa betul. 

Kerap jugak saya kena gigit kat bawah mata ni. Nanti rasa perit2 gatal. Lepas tu naik bintat, lepas tu startlah nampak bengkak kat bawah mata tu. Tapi serangga apa yang gigit saya tak pasti. Tak pernah dapat tangkap. Kalau dapat ni......memang tak rupa arwahlah Mokcik kerjakan gggrrhhhhhh.

Ok sapa tak kenal menda alah ni. Dulu masa kena beli, saya kurang sikit makan dia ni. Kira pilihan terakhirlah sebab mudah lecurkan. Kalau beli hari ni kena makan cepat. Kalau simpan2 ke tong sampah jugaklah jawabnya nanti. Ingat Mokcik kambing apa nak ngunyah nko jerk ngengenge. 

Tapi semenjak boleh main petik jer kat belakang opis, kalau tiap2 hari makan dia pon takper ngehngeh. Sebab free jer. Kengkadang, kalau saya tapau nasi makan kat opis, saya tak ambil sayur. Saya letak nasi bungkus tu kat pentry, panjat tingkap pentry tu pi petik kacang botol ni betul2 kat belakang pentry tu. Tu tipu jer ok, Mokcik tetap jaga kemelayuan ikut pintu depan pusing pergi belakang petik 2 ker 3 biji buat ulam. Jimatlah sikit duit makan hari tu kan kan hehe.

Bila dah ada yang free ni pandai pulak Mokcik ni pelbagaikan hidangan berasaskan kacang botol ni. Ada masa2 rajin tu, saya buat sambal goreng ikan bilis, dah nak2 siap tu masukkan kacang botol potong2 . Perggghhhhh setakat 4 ker lima batang tu masuk terus ke perut saya sorang hokey!! Rangup2 gitu bila kunyah. 

Ada masanya saya buat sambal belacan, lepas tu gaul sekali dengan kacang botol yang potong agak halus supaya sama rata rasanya. Yang ini pon mengaumm bila makan. Sedu sedan dibuatnya.

Rasanya boleh buat kerabu kot. Yang itu Mokcik tak kuasa. Banyak prosedur nak dilaksana. Lambat nak dapat makan. Tapi kalau dah sedia ada saya bedal jerk ahaks.

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...