MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, January 5, 2014

ANAK OH! ANAK

Semalam dan pagi ni kepala Mokcik agak serabut ok! Awal penghijrahan yang agak mencabar sebenarnya. Hari pertama sekolah semua berjalan lancar. Dari Arfan, Wafiy sampailah cik Mia, semua perangai elok dan menyenangkan hati perut Mokcik. Rasa nak cium2 semua sepanjang masa muaaah2. 

Punyalah bangga dengan cik Mia, sampai gate sekolah selamber lambai2 kat kitaorang sambil senyum2. Tak payah nak hantar depan gate pon. Pandai jer handle diri sendiri. Hebat betul anak Mokcik kan kan haha.Tup2 hari kedua dia demam. Lengkap dengan selsema, dengan batuk lagi. Tapi masih terkawal sebab dia dok tidur sepanjang hari dalam kereta walaupun kami kehulur kehilir menguruskan apa yang patut.

Semalam pagi mood Cik Mia pon baik. Siap minta saya mandikan. Sebelum saya pi kerja, dia dah sandang beg tunggu Pak dia hantar ke sekolah. Cuma saya risau hari Sabtu Wafiy mengadu sakit kepala. Saya ada pesan, kalau Ahad dia rasa demam tak payah sekolah. Duduk jer kat taska. Semalam pagi bila rasa kepala dia pon tak demam. Kira oklah tu kot. Masa kat opis saya call en. Suami yang cuti semalam.

Mokcik : Mia ok?
Pokcik : Masa hantar abang, dia ada cakap tak nak sekolah. Tapi bila dah nampak teacher lambai sambil senyum2, terus dia masuk jer sekolah.

Lega...... Sekali bila ambil dia petang semalam, teacher cakap tadi Wafiy kata taknak sekolah sebab pening kepala. Bila rasa tak demam. Dorang paksa jugak dia pergi sekolah. Alahai kesiannya. Saya pulak terlupa nak pesan kat taska pasal tu. 

Cik Mia pulak buat perangai. Meraung2 dalam kereta. Tanya nak apa pon semua taknak. Tanya teacher ada marah ker, geleng. teacher ada pukul ker, geleng. Ajak ngeteh ngan en. Suami dan Arfan pon dia meraung2. Stress Mokcik ok! Masa perjalanan balik dia dah tertidur dalam kereta. 

Masa ambil Wafiy balik sekolah nampak dia ceria jerk. Bila tanya pening lagi ker? Dia kata kadang2. Kat sekolah muntah sekali. Tapi tak demam. Itu yang susahnyer kan. En. Suami kata nak bawak pi klinik lepas maghrib. Sampai jer rumah Arfan pulak mengadu pening. Dia kata nak tidur sekejab. Saya paksa mandi dulu sebelum tidur. Lepas mandi, dia muntah. Lepas tu semua jejaka2 Mokcik pi klinik. 

Mokcik tinggal temankan cik Mia tengah tidur. Sambil tu basuh baju, iron baju, kemas beg sekolah budak2 ni. Nampak ada homework. Adeh!!! Dah pukul 8.30 sempat ker dorang ni siapkan kang. Pukul 9 lebih semua balik dari klinik. Lepas makan ubat Arfan terus masuk bilik. Homework tak buat. Wafiy sempat siapkan jugak walaupun asiklah main2.
 
Sampai pukul 10 malam macam tu baru Mia terjaga lepas tu meraung balik. Lepas tu terkencing kat atas karpet yang Mokcik baru beli. Stress ok! Dalam meraung2 tu saya mandikan dia lepas tu terus ajak tidur. 

Pukul 6 pagi dah kejutkan Arfan. Tanya dah ok ker? Angguk. Terus mandi. Lepas tu Wafiy pulak mandi. Pukul 6.15 pagi kejutkan cik Mia pi sekolah manjer2. Ingatkan dah ok. Ghupernya meraung lagi. Taknak mandi, taknak pergi sekolah. Siap cakap nak cuti lagi adoiiiii. Seret jugak mandi, pakaikan baju. Berperang2 nak butangkan baju. Sampai saya dah keluar rumah pon dia meraung lagi. Tapi tak taulah apa yang jadi sebab en. Suami yang hantar dorang pagi ni huhu. 

Kalau tiap2 hari macam ni, boleh histeria Mokcik tau. Tapi Mokcik kan positip. Selalu jadi tukang cari jalan penyelesaian keluarga kan kan. Maknanya Saya boleh! Saya boleh! Sambil garu2 kepala yang boleh tahan gak gatalnyer ni huhu.
 

2 comments:

Marou Apple Hijau said...

Tahniah, bloglist kacak & cantik dah update. Blog awak sudah tersenarai. Tahniah dari BBL

My recent post : Pemenang Pencarian Bloglist 2014 By BBL

Azlina bt. Azis said...

tq2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...