Korang carik Mokcik erk Minggu lepas?? Kenapa erk?? Rindu eh? Kan kan. Tak payah nak sorok2kan perasaan korang sangat. Sekilas ikan di air pon saya tau jantan betinanya inikan eh takder kena mengenanya.
Ok! Ok! Nak cerita ni apa yang saya buat Rabu lepas. Saya pergi outstation kat PPK Bakri. Eh! Alamak ada kerja belum sattle lagi ni. Kena pergi lagi minggu ni. Agak2 dapat makan bergedil dengan nasi lagi tak haha. Baru tau orang Muar suka makan nasi berlaukkan bergedil. Masa tengah makan tu saya tertanya2 habis ke nanti bergedil yang dia letak 2 piring penuh tu nanti. Sekali rupanya sold out hehe.
Eh dah menyanya kemana ni haha. Lepas dah sattle kerja saya yang tak berapa nak sattle tu, saya pon ikut desk officer yang uruskan pemantauan projek. Kena ikut dia gak sebab esoknya kitaorang ada taklimat kat KL. Di mana kakinya melangkah, disitulah kakiku menurut huhu. Tapi takper....... sebab naik Accord baru ni lain macam sikit kebahagiannya tu. Berdengkur jerk kerjanya haha. Kali ni Mokcik tu pergi buat lawatan kat kilang frozen food dekat Melaka. Pemilik kilang tu orang Muar, ahli PPK Bakri, tapi kilang dia dekat Melaka. Tolong jangan pening kepala wokey!
Ini rupa kat dalam oven. Sangat besar dan lantai dia tu boleh berpusing2. Nyaris nak mintak owner kilang buat spa kejab. Tapi bila tengok kesan kena bakar tu.........hehe mau keluar kang orang ingat lembu bakar plak. Ok sila tutup balik. Mokcik nak jadi food tester pulak. Dah nampak berasap2 kuih baru goreng kat meja luar tadi.
Eh belum boleh makan lagi. Kita masuk kat frozen area dulu. Sempat snap gambar ini jer. Lepas tu berterabur keluar sebab sejuk mak datuk. Mau beku kamera Mokcik kalau lama sikit lagi.
Murtabak mini, pau kacang dan donut panas2 dorang sediakan untuk kitaorang. Murtabak mini tu walaupun kecil2 isi dia banyak dan rangup kat bahagian luar. Pau kacang tu memang terbaik sebab sangat lembut dan kacang kat dalam tu pulak sangat sedap. Hari tu makan seketul dua jer sebab rasa kenyang lagi baru makan nasi. Bila tengok gambar ni tertelan2 alior menyesal tak bedal banyak2.
Kasi fokus plak kat donut. Gebu sangat masa masuk kat tekak glurrrppphhhh. Donut ni, kalau dapat kat Wafiy, lepas 15 minit tinggal pinggan daun pisang tu jerk. Lagi ada gula sedang2 halus macam tu jer. Kalau halus sangat, gula tu senang cair sebabkan tu permukaan donut tu rasa keras.
Ini harga untuk Murtabak Mini ikut perasa. Boleh dapat kat Jusco Melaka. Lain2 semua dia pos kat Brunei, Indonesia dan lupa pulak apa nama Arab dia sebut haritu.
Buat senyuman paling manis sebab dapat menikmati murtabak mini free hari tu. Lepas ni sila beli kat Jusco Melaka hokey! Owner ada gak sebut kat Batu Pahat. Sapa suh dia cakap masa Mokcik tengah sedap makan. Kan Mokcik dah lupa ngehngeh.
Sebelum balik ambil gambar kenangan dulu. Saper erk yang paling gemuk kat tepi tu??? Hishhhh menakutkan.
No comments:
Post a Comment