MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, January 13, 2014

CERAMAH DAN MAULIDUR RASUL

Semalam seharian duk kat IPP sebab ada majlis. Duduk plak dengan orang mengandung. Saya plak yang duduk menyandar lepas tu asik rasa nak gosok2 perut. Ceramah start pukul 10 pagi. Pukul 9.30 pagi saya dah tercongok kat situ sebab takut breakfirst habis haha. Kenalah alas perut dulu kan, sebab nak ngadap 3 jam nonstop lepas tu hehe. Alas perut saya hari itu ialah nasi goreng + mee goreng + telur sambal terbaek!!!! akakakakaka.

Jangan salah paham yer.....bukan kawan tu yang mengandung tetapi kawan yang sebelah kiri saya akakaka. Yang ini anak kecik dia baru jerk setahun. Tapi kalau nak laju boleh jerk ni akakakaka. Menyampah hokey ambik gambar pakai tap. Nampak muka Mokcik tak indah lepas tu nampak lebam. Walaupun itulah hakikatnya akakakaka. 

Hari tu singgah kedai nak beli bateri untuk kamera. Maklumlah dah lama tak beli bateri. Mokcik lupa harga bateri untuk kamera berapa. Sekali nampak eveready 4 biji RM4.90. Terus jer sambar. Balik rumah terus masuk dalam kamera snap 2 ker 3 kali lepas tu dah tak hidup. Lepas tu gabra ingat kamera rosak. Siap marah en. Suami bila kata low batt. Siap cakap low batt kebendernyer kan baru masukkan bateri. Arfan pon backing cakap kita nampak tadi mama baru masukkan bateri baru. En. Suami tengok2 packing bateri tu lepas tu cakap bukan bateri kamera 2 biji pon dah berbelas hinggit ker??? Julingkan biji mata sambil keluarkan lidah comel ekekekeke. 

Kesimpulannya... kamera tak boleh guna2 lagi selagi tak beli bateri baru hokey! hehe.

Pakcik ni bagi ceramah siap main lelong2 duit lagi. Kat tangan dia tu ada RM20. Cahaya terang sangat, gambar jadi silau. Lepas tu saya bisik ngan orang mengandung, duit banyak2 lelong doplohengget jerk. Lelong arrr 2 ratus kerr hehehe. 

Acara selepas 3 jam berikutnya.....makan2 lagi ngehngeh. Bukan main ceria muka masing2 masa tengah beratur nak ambik makanan. Cuba korang suh dorang beratur pi ambik darah ker....hahahaha.

Ni gambar masa majlis Maulidur Rasul malam semalam. Kitaorang sambut Maulud cepat 2 hari. Azam baru kena advance haha. Dah mandi yer, dah wangi ok. Pinjam sabun mandi Nisa yang pakai cermin mata tu. Mandi bersama2 kat toilet. Tapi toilet asing2lah. Melampau nko pikir bukan2 heh ekekeke. Bawak tudung bawal, tapi tak bawak broach. Syabas!! Nasib Nisa bawak lebih satu. Pinjam lagi Nisa punya pin kat bawah dagu. Yang melampai tu kita ikat jerk hehe.

Bergambar dengan Fauziah Ahmad n anak dara dia yang cemerlang. Rajin korang balik mengangkut anak yer. Mokcik tinggalkan anak kat rumah biar Pokcik jaga. Biar dia tau langit tinggi ke rendah akakakaka. Lagipun rumah saya kan jauh.....masa dekat dulu pon tak pernah gak bawanyer ekekeke.

Sebahagian kawan2 yang hadir malam tadi. Untuk pengetahuan korang, inilah first time saya hadir majlis Maulud ni. Sebelum2 ni saya terus jer cabut balik bila habis office hour ekekekeke. Masa tu duk dekat jer. Setakat nak balik, nak mengangkut anak2 rasanya takder masalah pon. Tapi risau tak boleh nak kawal budak2 tu.Nak tinggalkan dengan pak dia pulak rasa macam tak sampai hati pulak sebab dulu kan dorang kecil lagi. Takkanlah nak suh en. Suami angkut semua2 tu pi makan kat kedai. Nak suh en. Suami masak???? Huh! Abaikan jerklah huhu.

Aien Amiety sedang melayan anak2.........muridnya hehe. Budak lelaki tu anak Fauziah Ahmad, yang budak comel ayu sangat geram macam nak cium2 tu anak Erin. Contohilah Erin (tiada dalam gambar) yang sanggup balik Kulai sebab nak bawak anak2 dia hadir majlis. Kulai ke LPP lebih daripada 40km hokey!!! 

Buat masa ni Aien Amiety sila layan anak2 orang dulu yer. Coming soon dah ada anak sendiri sila jangan serabai macam Mokcik. Urat sana sini terputus lupa memanjang ngehngeh.

Malam tadi sampai rumah pukul 11 lebih malam. Cek balik beg sekolah budak2 (dasar tak percaya kat laki yang kemas haha), readykan baju sekolah, towel, duit untuk esok, turunkan sosej ke fridge, siap2 utk tidur, borak2 jab ngan en. Suami, pukul 12 gitu baru tertidur. Pukul 5 pagi dah bangun. Jerang air, masak sosej, buat teh O, tengok jam pukul 5.30. Belum azan kan. Masuk bilik Arfan peluk2 dia, tertidur balik. Sekali pukul 6 pagi baru terjaga. Lepas tu kelam kabut sendiri haha. 

Pukul 9.30 pagi dah tersenggut2. Hari tu Arfan ada cakap ubat bila mengatuk is tido. Pukul 9.45 saya angkat kaki, pandang kiri kanan, terus jerk masuk surau. Hehehe layan mata kejab around setengah jam. Bukak2 mata dah pukul 10.15. Dalam kepala terhoyong hayang teringat suh Man Kueh tapaukan mee goreng. Perut berkeroncong, mee goreng dah ada.Jom makan. Pukul 1 balas tidur balik sampai pukul 1.45. Bos is takder.......................ngehngeh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...