MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....
Sunday, January 26, 2014
BERINGAT SEBELUM KENA
Semalam en. Suami pi melawat kawan dia kat HSA. Accident dekat traffic light yang nak masuk ke simpang rumah kami. Kiranya kami ni amat rapat jugaklah walaupun dia penyokong Kelantan dan kami penyokong JDT haha. Anak2 kami pon dah macam adik beradik. Bila sentap bergaduh, bila baik comolot gitu. Saya tak dapat ikut sebab semalam kerja. Nasiblah masa dia kena langgar tu dah siap hantar anak dia ke sekolah Rabu lepas. Jadi dia sahaja yang kena. Pergelangan kaki hingga ke tumit kaki kanan dia terbarai jugaklah. Alhamdulillah tulang kaki dia ok. Cuma daging kat bahagian tu memanglah mengerikan. Sempat pulak en. Suami mengusik.... daging kat kaki ni banyak dah hilang ni, daging kat situ ada lagi tak? Kawan dia tu pon boleh tahan gak selorohnya eh ada! kompom power lagi. Semua yang ada bergegak ketawa.
Sebelum ni, dia bekerja sebelah malam sahaja, kerja menjaga anak2, mengurus rumah tangga, hantar dan ambil anak2, serta isteri dia yang bekerja semua dia uruskan dengan motor. Bukan takder kereta, tapi dengan motor lebih mudah sebab kawasan rumah kami tu kan jem doploh4jam. Isteri dia ada lesen kereta, tapi takut pulak nak bawak macam Mokcik jugaklah masa dulu2 hehe.
Masa kat traffic tu, bila lampu hijau jer, dia terus jalan. Tiba2 ada 2 orang budak sekolah yang naik motor jugak dari arah tepi dengan laju terus langgar dan kena kaki dia. Budak2 tu tercampak ke depan dengan motor2 sekali. Kawan tu terseret jugaklah muka dia masa tu. Untung Allah nak gerakkan hati dia pakai helmet dah sarung jeans hari tu. Kata isteri dia selalunya dia pergi macam tu jer dengan kain pelekat. Bayangkan bayangkan haha. Oleh sebab itu, orangnya masih handsome, tang kaki jer lambat sikit nak pakai balik hehe.
Sekarang bila dah jadi macam ni, susah jugaklah nak menukar corak urusan harian. Kena banyak berfikir untuk menguruskannya. Mana yang en. suami dan saya boleh bantu, kitaorang akan uruskan sebaik mungkin. Lagipun bila tengok keadaan kaki, tidak mungkin dia boleh ambilalih tugas seperti sedia ada dalam waktu terdekat. Motor pon dah rosak teruk.
Dalam hari2 selesa seperti sekarang, saya selalu terlupa andai berlaku perkara2 yang tak diingini. Boleh ke saya menangani masalah tu sedangkan saya berjauhan dengan sanak saudara. Bila tengah beringat tu, giler Mokcik tak berhati2. Siap dok ingatkan en. Suami dan anak2 berulang2 kali sampai naik menanah dorang dengar haha. Bila keadaan mendesak Mokcik terlupa jugak. Mulalahlah nak hangin satu badan bila orang main potong jer, bila dah lambat mulalah berangan pelumba F1.
Tapi satu perkara yang saya memang buat dari dulu, walaupun dah lampu hijau kat traffic light saya akan tengok kiri kanan dulu. Sebab simpang traffic light yang saya lalu semua besar2 dan memanglah selalu sangat kenderaan langgar traffic light. Bukan setakat mat2 motor jerk yang suka buat macam tu, dengan lori besar pon sama jerk mentelnya lepas tu jalan terkedek - kedek. Hempok sekali kang!! Dah mula nak samseng tengok!!
Masa dalam beringat2 tu, setiap kali jalan jer mesti saya baca doa naik kenderaan, pantang berhenti sikit, jalan balik pon baca lagi, sambil2 tu bacalah jugak ayat2 lain, zikir2 jugak tapi bila dengar jerk sore Najwa Latib, doa kemana zikir pon tah kemana2 hishishis.
Paling2 pentinglah hokey, bila dah ada lesen kereta bagi perempuan tu, dah ada kereta walaupun en. Suami yang punya, silalah beranikan diri untuk bawak hokey, janganlah peram jer. Kalau takder tolonglah pergi adakan. Dulu pon saya tak pernah bermimpi boleh memandu satu hari nanti. Tapi kan en. Suami ku itu sangat kejam. Dia boleh campak Mokcik kat driving school lepas tu tinggalkan jer.
Saya ambil driving test 2 kali baru pass. Masa fail yang first tu, bila nampak en. Suami jerk saya punyalah tersedu sedan menangis sedih tak terkata. Dia mati2 ingatkan saya menangis sebab fail, siap pujuk2 lagi kata takper lepas ni terus jer ambil lagi. Nanti pass lah. Tapi saya kata bukan nangis sebab tu, tapi sebab nak kena bayar lagi RM100, sayangnyer duit uwaaaaaaaaaa. Nasib dia tak siku paler Mokcik hehe.
Itu pon bila dah ada lesen, en. Suami dok tunda dari belakang sampai office selama 2 minggu. Lepas dua minggu, lantak arrr nko nak bawak macam mana pon haha. Setiap kali nak pergi kerja, Mokcik renung jer kereta kancil kelabu dari rumah flat sampai nak tertembus enjin kereta. Punyalah risaunya akakaka.
Hidup kita ni, kena selalu beringat2 dan berhati2 tentang apa2 sekali pun. Kena jadikan iktibar dengan perkara2 yang berlaku disekeliling kita. Cuba jadikan tu perancangan masa depan. Hidup ni memang selalu indah, tapi bukan sentiasa indah. Bila dah nak kena jugak apalah daya kita kan kan. Sama2lah kita berdoa..................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment