MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Monday, January 20, 2014

HANDBAG, MIA, ARFAN

Adoiiiii apalah sengalnyer pagi ni. Walaupun mata rasa mengantuk2 gak masa drive tadi, sampai opis tetap sebelum waktu merahnya. Jalan pon walaupun kereta banyak, tapi perjalanan langsung tak sangkut2.Mia pon walaupun nampak yang dia mengantuk lagi, tapi langsung tak buat perangai. Walaupun semua lancar dan langsung tak stress...........lepas saya parking, macam biasa nak angkut mender tu. Cari kat sit sebelah takder, kat sit belakang pon takder. Jengah sana sini pon takder arrrgggghhhhhh macam mana Mokcik boleh tertinggal handbag pagi ni ?????? Arrrgggghhhhhh bukan beg duit, tapi handbag gedabak Mokcik tu ok!!! Semuanya ada kat dalam tu. Segala2nya duit, telefon, segala kad, kamera dan segala2 sampah sarap semua simpan kat dalam tu.

Sampai kat kerusi opis, Mokcik dah tersandar. Mula membayangkan nasib diri yang perlu berpuasa tanpa niat hari ni. Langsung takder duit nak breakfirst nanti. Nak lunch lagi. Takkan nak kirim kat Man Kueh lagi. Lepas tu sengih2 kat Man Kueh sebab duit tapau semalam pon lom bayar lagi huuuuaaaaaa. Tiba2 lamunan terhenti (perhggg word tak hagak akakaka) telefon berbunyi.....ada Mokcik dalam bahaya......hehehe rupanya ada penyelamat sampai. En. Suami datang bawak handbag yeeeeeeeeeeeeee. I love my Hubby!!! Muuuuahhhhh haha tetiba, selalu nak mengentan jerk. 

Dah alang2 kanda hulurkan bantuan, apa kata kanda hulurkan makanan sekali ngehngeh. Pagi2 Pokcik ni dah kena pau ngan anjer dia ngehngeh. sayang en. Suami saya ketat2. 
 
Ni gambar malam tadi. Saya dengar suara budak Mia menyanyi2 kat bilik abang dia. Mia memang suka duduk kat bilik ni sebab boleh switch on lampu bila panjat tangga tu. Kalau bilik dia kena cari kerusi lain atau mintak bantuan orang lain. Bila jengok, tengok dia tengah menonggeng kat katil tingkat atas sambil tulis2 apa tah kat buku sambil menyanyi2. Sokatilah nak, asal tak terjerit2 bergaduh dah. Lotih omak nko ni.
 
 Ada cerita kelakar tentang cik Mia ngan apak dia. Arfan mengadu buku panjang hijau dia hilang. Buku tu kat dalam buku Bahasa Melayu tu. Jadi mintak tolong en. Suami pergi kedai buku malam tu jugak untuk beli sebab ada homework kena sattlekan. Masa dorang nak pergi, cik Mia sibuk jugak nak ikut. Nak tak nak terpaksa jugak bawak sebab saperlah boleh tahan dengan amukan dia nanti. Tapi dah ingatkan yang dia boleh ikut jerk tapi tak boleh beli apa2. Setuju! Maka pergilah dorang dalam pukul 8 malam gitu. 

Masa dekat kedai tu, en. Suami cerita cik Mia dah berkenan kat buku tulis kat sebelah dia tu. Mokcik pon tak paham apsal plak dia boleh berkenan ngan buku tu. En. Suami kata, kan dia dah janji tak boleh beli apa2. Mulalah dia buat muka. Lepas tu en. Suami konon nak buat trap. Macam nilah kalau Mia boleh eja nama Mia nanti baba belikan buku ni. Terus jer cik Mia sebut. M. I. A. Mia. Terkejut En. Suami, Arfan ngan budak kaunter tu. Jadi kenalah jugak belikan akakakakaka.

Kesian ok Arfan ni. Kena bawak sekaligus buku sekolah agama, sekolah kebangsaan dan baju sekolah agama sekali gus. Beratnya Mokcik pon tak sanggup nak sandang. Tengahari dia tak transit mana2. Terus jer tukar baju dekat sekolah agama, pergi makan kat kantin lepas tu masuk kelas balik. Pukul 5 dia baru balik tapi still kena tunggu saya sebab lambat sikit sampai. Sabarlah nak, hidup kat Malaysia ni memanglah macam ni. Kalau nak relaks jerk meh Omak nko bungkus dalam kotak hantar pi Mongolia sana. Tengok nanti mana satu yang nko leh tahan. Saya memang selalu cakap macam tu kat dia. Nanti Arfan gelak2 lepas tu kembali bersemangat balik.

2 comments:

Budu Bilis said...

Best ada ank2 ,mcm2 ragam ada :D

Azlina bt. Azis said...

meragam doplop4jam budubilis oiiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...