MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, January 22, 2014

KERETA TERBAKAR

Pelik Mokcik ok! Kereta tu terbakar dekat seberang sana, kat tepi seberang sana. Itupon bukan betul2 tepi, dah ketengah jugak tepinya tu. Jalan tu kiri kanan ada 2 lane. Maksudnya memanglah jauh sangat kawasan kejadian tu. Tapi kenapa boleh jem?? Kalau jem setakat sebelah sanon tu oklah kot. Manalah tau tetiba kereta tu meletop ker. Mokcik pon seram. Lepas jerk dapat tengok kereta terbakar tu, terus jer jalan lancar balik. Grrrrhhhhhhhh masa tu baru pukul 7.10 pagi. Nasiblah hari ni keluar cepat. Legaaaa sampai masih awal.

Tapi itu masih gak diterima akal kot. Sebab masa tu api tengah marak kat kereta tu. Kelakarnya kawan2 yang masuk pukul 8 pagi semua pakat bengang hari ni sebab terlewat sampai pasal jem tu. Walaupun waktu dorang lalu tu just nampak rangka kereta yang terbakar tu jerk. Asap kesan terbakar pon dah takder. Sungguh prihatin betul rakyat Johor ini. I Lap U huh!

Pagi tadi terlibat ngan amanat pengerusi LPP. Masih handsome walaupun dah berumur 66 tahun. Ucapan kejab kelakar kejab serius. Yang kelakar kita gelak ramai2, yang serius pon kita kena buat muka serius. Lakonan kena mantop. Setuju atau tidak tolak tepi. Orang Melayu kenalah berbudi bahasa. Kena ambil hati orang tua hehe. Tapi sangat berminat dengan petua nak jaga kereta supaya sentiasa berkilat. Nak cerita ker. Eh ceritalah, Mokcik ni dahlah kaki lupa. Nanti2 bila terlupa boleh gak review balik kan kan haha. 

'Nak kereta sentiasa berkilat, masa basuhan air terakhir, masukkan sedikit minyak gas / minyak tanah kat dalam baldi air dah kacau hingga sebati. Lepas tu siram pada permukaan kereta kemudian lapkan.'

Nak cuba ker????

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...