MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Saturday, January 11, 2014

BIRTHDAY MIA AMIRA

Birthday budak baik ni jatuh hari Jumaat lepas. Kena panggil budak baik sekarang ni. Kang sentap habis satu rumah barang berselerak. Maunyer dia kata taknak pi sekolah lagi.......lagi haru. Jadi kenalah panggil budak baik ker, budak comel ker kan kan.

Terpaksalah tunggu en. Suami belikan kek petang tu sebab dia kerja. Kitaorang ni dok menunggu jerklah kat rumah sebab masing2 cuti. Oleh kerana nak main beli jerk tanpa pi tempah, en. Suami balik dengan tangan kosong. Secret Receipi ngan Seasonnya kek Indulgence engak ader. Slice ajer yang ada. 

En. Suami kan suami yang mendengar kata, memanglah saya kata jangan beli kek selain yang itu, tapi kalau takder jugak cubalah cari alternatif lain, ini boleh plak balik kosong2 jerk. Uwaaaaaaaaa kanda memang suami yang comel grhhhhhhh.

Oleh yang demikian jom kita pi makan kfc jerk.......... Nasiblah birthday girl ok jerk.
Nak bergambar dengan abang long. Sama2 dah membolat. Arfan semakin kuat makan. Bila tepuk bontot dia, tangan kita yang sakit.

Arfan dan Wafiy. Wafiy jerk yang tak membesar. Kalau dah dapat roti ker, biskut ker, kompom dah taknak makan nasi. Kalau paksa pon boleh makan sikit sangat.

3 orang jerk kesayangan saya. Dulu masa mula2 kawin konon nak anak selang 2 tahun. Baru dapat 2 dah tobat tak larat haha. Bila Wafiy dah 3 tahun lebih boleh pulak mabuk balik. Eh cam mana boleh berlaku ni haha. Alhamdulillah.....kalau tak terlekat haritu, takder pulak Mokcik anak dara kembang semangkuk teman tidur peluk2 ni. Ada ker yang nak terlekat lagi???? Fuhhh seram sendiri akakkaka.

Sangat sayang kat korang bertiga. Semoga anak2 mama dilindungi Allah sentiasa dan hidup berjaya di dunia dan akhirat. Aminnn......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...