MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, April 1, 2014

KUCING IZA

Haritu dah bagitau kan lepas balik kursus seminggu kat KL saya terus ambil cuti seminggu balik Melaka. Punyalah happy anak2 dapat main ala2 permainan kampung sampai hari apa nak balik dah bagitau awal2. Kalau tak kang sampai harinya dorang tunjuk perasaan tak puas lagi main. Sebab tu bagitau awal2 supaya dorang boleh atur jadual permainan haha.

Tapi hari ni nak cerita pasal ahli keluarga tambahan kat kampung. Sangat ramai sampai puan Mak selalu ugut nak buang bila dorang ni buat perangai. Tapi ugut jerk yang sebenarnya dia pon sayang jugak. Mau tak sayang, kalau dia dah ready nak bangun dari kerusi malas tetiba si bulan panjat duduk kat pangku, boleh dia tunggu sampai Bulan turun sendiri baru dia bangun. Kalau Bulan tak turun, tertidur kat pangku, puan Mak pon tertidur sama hehe sweettttkan kan.

Kat rumah kampung ada dalam 12 ekor kucing termasuk kucing menumpang 2 ekor yang selalu mak kasi makan kat belakang rumah. Tak sempat nak kenalkan korang dengan semua sebab sesi photoshoot susah nak menggabungkan dorang ni sekaligus. Maklumlah masing2 sibuk dengan urusan duniawi ekekekeke.

Dorang ni semua dapat layanan tiptop.  Ikan kembung untuk dorang jerk en. Baba beli 5 kilo just untuk seminggu. Itu belum lagi ikan talapia yang en. Baba jala kat benteng. Makan 4 kali sehari ikan goreng tumbuk gaul dengan nasi belum lagi ikan mentah sorang sepotong. Tengoklah badan masing2 otot ketul2 perrrggghhhhh. Nasiblah korang hari ni dengar citer kucing jerk haha.
  
Hari ni nak kenalkan korang dengan Oskar. Jantan Macho, kacak, cool serta digilai segala janda dan anak dara yang pernah jumpa dia ngehngeh. Tapi dia buat bodo jerk. Sangat beriman okey! Nak ambil gambar pon susah sangat. Langsung tak nak pandang kamera tensi Mokcik!

Bosan layan Mokcik dok cari post baik punyer, dia buat2 sibuk dok bersihkan diri. Hampeh punya Oskar. Masa aku dok siang ikan, bukan main lagi nko mengendeng2. Nak mintak gambar langsung taknak bekerjasama. Nyampah nko Oskar! Tapi Oskar ni bagus, langsung tak pernah berkasar walaupun Mokcik suka tarik kelopak mata dia. Mata dia lawa warna kuning2 oren bersinar2.

Ini Net. Masa Iza jumpa dia, dia ada masalah sakit mata sampailah mata dia buta. Pernah jugak bawa ke klinik, tapi tak boleh nak selamatkan mata dia. Masa mula2 dulu saya langsung tak boleh nak tengok mata dia. Seram Mokcik! Mata yang tertutup tu sebenarnya langsung dah takder biji mata. Kalau terbuka nampaklah isi dalam warna merah. Tapi body macho ada harapan keturunan ramai ni haha.

Walaupun buta, dia sangat cerdik. Bergerak dalam laluan yang sama. Kalau ada apa2 menyekat laluan yang dia dah biasa guna, nanti dia akan sentuh perlahan2 dengan kaki dia macam pakar forensic haha. Suka menyakat kucing lain dan orang yang dia biasa. Tapi bila ada kucing jahat buli dia, dia tak boleh nak balas sebab dia kan buta macam mana nak lawan. Pernah sekali perut dia luka teruk sebab kena belasah dengan kucing liar. Puan Maklah yang jadi jururawat dok bersihkan sambil selawat. 

Dulu masa kecik2 dia suka sangat ikut saya pi jemur baju lepas tu cakar2 kaki. Sakit okey sampai saya terjerit2. Lepas tu saya tangkap dia masuk dalam sangkar. Padan muka nko Net haha. Lepas tu Iza pulak menjerit2 risau dia hilang.

Hahhhhhhhhh ini kucing favorite kena kacau saya ngan Mia. Nama dia Bulan. Saya panggil dia Bulan Gatal. Sebabnya masa baru2 baligh ritu dah pandai dok tackle betina. Kelakarnya betina pon tak hingin kat dia sebab perangai kebudak2kan sangat terserlah. Lepas tu nak paksa2 dorang bercinta plak akakakaka. 

Lagi kelakar mamat ni penakut. Sangat jarang tinggalkan rumah. Sebab tulah bulu dia bersih putih cantik. Kalau ada bunyi kucing lain kat luar, cepat2 dia lari masuk dalam rumah lepas tu leher panjang jerk jengah kat luar. Bulan paling suka tidur dalam bakul. Nanti saya dengki masukkan Net dalam tu. Net suka gurau2 dengan Bulan. Masalahnyer Net gurau kasar sebab setiap kali gurau dia suka terus keluarkan kuku. Bulan balas jugak, tapi dia tak tahan lepas tu keluar dari bakul. Saya ketawakan berdekah2, lepas tu ketawakan Net pulak sebab tak tahu macam mana nak keluar.

Saya suka gak buli dia cekup muka dia taknak lepaskan. Nanti kaki dia tolak2 tangan saya. Bila dah terlepas, dia lari then jeling saya tak puas hati. Mia suka tarik telinga dia. Tapi dia tak pernah pon melawan. Mia kata Bulan suka kat dia sebab Bulan cakap Miaaaaaaaaawwwwwww hahahahahaha.


Dulu masa kecik, saiz dia lebih kecil dari adik beradik dia yang lain, perut punyalah besar cam kena busung, bulu pulak kategori halus2 serupa cam kucing cacat. Saya ingat umur dia tak panjang sekali rupanya bila besar jadi jantan comel cam penyanyi k-POP hahaha.

 Wat muka minta kena tampau!

Ini Belang. Wanita ayu terakhir. Dah dua kali beranak. Perut dah gelebeh sapa suh tak pakai bengkung. Anak sesi kedua jer yang hidup sebab yang pertama keracunan susu semua mati. Saya tak berapa rapat dengan minah ni sebab dia suka menyendiri duduk kat tempat2 sukar dikesan.
 
Ini anak Belang yang paling nakal. Saya selalu bagi amaran kat dia dengan tolak2 hidung sambil bagi tazkirah. Pandai buat muka takut kejab2 lagi kang buat lagi.


Suka tengok anak2 Belang bergurau. Kadang2 belang pon joint sekali haha. Maklumlah masih darah muda. Perangai pon nak remaja jugak. Kesian jadi betina kan huhu.





2 comments:

Eza Azis said...

gambar kucing je..gambar tuannye ko x amik lak.tp x pe..i like...

Azlina bt. Azis said...

tuannyer pon dah macam muka kucing takyahler menambah gambar kucing

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...