Jumaat hari tu ada kerja lagi kat KL. Arrrggghhhhhhhh kerja dihari cuti adalah sangat menyeksakan. Dengan semangat yang ala2 nak berlakon demamlah, nak berlakon sakit perutlah Mokcik seret kaki gak pergi. Tapi takper ia boleh dicover sebab dapat duduk hotel best. Premiera Hotel, kali ni ditaja oleh NAFAS.
Ada cerita bengang sebelum sampai hotel. Tulis siap2 kat kertas alamat hotel untuk tunjuk kat driver teksi. Boleh pulak pakcik tu taktau hotel tu. Siap call KCTM Pahang kak long tanya kat mana hotel. Dah bagitau dekat dengan Sogo sebelah bangunan MARA. Ini driver ingat Mokcik datang pakai selipar jerk leh duduk hotel cikai2 jerk ker. Boleh dia dah pusing dua kali kat Sogo tu tak jumpa2 jugak. Asiklah mata dia melilau kat hotel2 biasa kat situ. Bila meter pon dah RM20++ saya suh jerk dropkan kat Sogo mintak kak long jemput. Baik jer lalu bangunan MARA tu terus nampak bangunan tinggi tulis Hotel Premeira.
"Ooooo kat sini". Baik jerk nko punya oooo erk! Lagi tadi dah cakap kat sebelah bangunan MARA nko leh masuk lorong lain pulak. Sekali Mokcik bagi penumbuk baru tau! Terus bayar lepas tu bla ala2 gaya orang kaya masuk hotel mewah akakakaka.
Katil dah bekembur sebab sampai2 jerk terus berenang kat katil untuk hilangkan rasa mabok.
Hotel ni classlah sikit berbanding dengan hotel2 yang kitaorang duk sebelum ni. Lagipun ni hotel baru kot. Sebab furniture dia semua masih dalam keadaan baik. Paling best ada iron siap kat dalam bilik. Tak ler Mokcik pi mengiron kat bilik belakang hotel sambil seriau jerk pandang kiri kanan.
Lepas tu jakun dok sarung baju ni sambil sarung selipar untuk ambik gambar nak send kat laki.
Cafe dia punyalah besar. Makanan berlambak sana sini. Saya ambik gambar banyak sebenarnya kat sini tapi semua goyang sebab malu haha. Kompom orang kata jakun minah ni ntah kuar dari solok mana pon tak tau haha.
Dah macam telur dinasour haha.
Tapi banyak2 makanan, Mokcik just makan bubur nasi tu ngan telur separuh masak 2 biji jerk. Taknaklah nampak jakun sangat kan kan haha.
Bergambar sat dengan Anis KCTM Trengganu. Belah Mokcik 2 baru sama dengan besar Anis uwaaaaaa.
Taklimat bermula kat bilik meeting hotel yang bergaya moden kat tingkat 25. Pemandangan kat luar punyalah tinggi nampak bumbung bangunan jerk.
Minum pagi.
Lunch pon ada banyak sangat hidangan. Pening paler tak tau nak telan apa. Perut pulak masih kenyang. Ambiklah jugak nasik sesenduk, ikan merah masak asam pedas, kerabu perut, kobis goreng, ayam tandoori, ikan masin, sambal belacan, budu. Makan kasi licin jangan membazir.
Dessert ni bukan saya punya tapi kak long. Tapi saya tolong habiskan tang buah tembikai tu.
Sebelum balik kena ABC dulu. Leh letak sesuka hati nyumnyum.
Sebelum balik pi sembahyang dulu kat surau hotel. Bawak bagpack jerk sebab kerja just sehari. Apsal nampak gemuk pendek sangat ni? Ayat terlupa diri.
Sebelum tu kak long ajak pi Sogo dulu merembat apa yang patut. TNT dah masuk jom kita habiskan ngehngeh. Lepas tu kak long ajar naik LRT pi TBS. Cuma RM1.70 sahaja. Ketawakan diri sendiri semalam kena RM27.20 akakakakakakaka.
Nampak tak awek ayu pakai baju biru tu? itu kak long sebab nak pi Pekeliling. Lepas tu kak long asik SMS tanya ok ker idak Mokcik ni hahahaha.
Sampai kat JB dah malam. Terus ajak semua dinner kat restoran baru Wak Radol. Giler mahal kat sini. Last lah Mokcik pegi huhu.
No comments:
Post a Comment