Ini sarapan hari keempat. Ambik makanan yang hampir sama setiap hari. Tapi tetap rasa sedap jerk kat tekak. Lambat turun pon makan banyak ni, kalau cepat........kita tambah lagi makanan akakakakaka.
Pening2 paler asik error manjang. Meh kasi tayang kasut baru masa beli kat Jusco semalamnyer. Banyak betul kasut yang cantik2. Tapi apa nak buat, kakiku ada masalah kedemokkan haha. Tak payahlah nak berangan nak pakai kasut cutting gitu gini semua tak sesuai uwaaaaaaaaaa. Ambik jerk yang simple, yang melebar, yang murah huhu itu jerk yang sesuai pon............. Nampak nau suka pakai selipar ada garis hitam kat atas kaki.
Yeaahhhhhhh makan time!!!!!! Antara hidangan makan tengahari semasa kursus. Makanan semua sedap2. Saper nak diet boleh giler hokey!
Malamnya tak merayap tapi
lepaking ngan KCTM pompuan lagi kat kedai belakang Adamson. Kali ni
ambik mihun tomyam ngan milo ais. Rasa ok sedap! Ngam2 lepas makan,
hujan siap complete ribut petir segala kasi extra lagi angin kencang.
Nak borak pon takut, nak balik pon takut sudahnya duduk berkepit diam2
bacalah ayat2 pelindung.
Ini masa lunch beramai2 ngan pengarah IT kat sebelah saya tu. Sopan kan Mokcik makan ngehngeh. Yang kumbang seekor tu orang Sabah, kahwin dengan orang Johor lepas tu asiklah merengek nak tukar tempat ngan saya sebab weekend husband. Habis nko nak tengok Mokcik jadi weekend mom plak ker. Kalau rasa nak tengok sangat hantu kak limah kembali, teruskan cita2 anda yer gggrrrrhhhhhhhh.
Malam terakhir cik bos dengan sukarela nak bawak kitaorang jenjalan Sogo. Dapatlah sehelai dua baju Mia untuk raya nanti. Bila Mia selongkar beg, jumpa baju2 tu saya cakap untuk raya. Sekarang ni tiap2 hari dia dok tanya bila nak raya. Pening kepala.
Sebelum balik singgah Kampung Baru kengkonon nak pekena pulut mangga. Tutup pulak gerainya. Jadi saya ambik bubur nasi lawan ngan puyuh goreng + paru bercili then ikan bilis goreng sedap hingga menjilat tulang peha puyuh hehe.
Meh kasi close up gambar terakhir ni sebab esoknya dah hari terakhir otak dah ingat nak balik jerk. Sekeping gambar pon takder haha.
No comments:
Post a Comment