Mari kita tepek gambar aktiviti Sabtu lepas. Takder yang menarik pon. Tapi sebab dah ada gambar, gambar pulak nak cuci mahal sekarang ni, kalau cuci pon kang bersepah2 jadi mainan budak2 ni. Nak masuk dalam album??? Ader ker orang simpan gambar dalam album sekarang ni huhu. Album lama kat rumah tu pon dah berbukit tak tau nak simpan celah mana. Oleh yang demikian kita tepek jerklah gambar kat sini. Boleh refer balik nanti2. Omak den kek kampung tu pun leh tengok anak cucu dia buat mender duk jauh2 hah.
Inilah pengantinnyer. Anak Mak Siti yang perempuan tu tapi lupa nama. Saya panggil kak long jer hehe.
Mia jumpa balik BFF dia Raihan. Budak ni setahun tua dari dia. Dulu Mak Siti jaga dia jugak. Tu yang kamceng bukan main. Dulu masa belum sekolah, parent dia biarkan rambut dia panjang. Tapi bukan panjang ke bawah, tapi macam rambut Hafiz AF tu sebab kerinting habis.
Alaaaaaa gambar ni kabur pulak. |
Menawan senyuman anak dara Mokcik. Gigi depan Wafiy dah gugur sebatang hehe. Dah darjah dua baru start gugur.
Suka tengok Raihan dan Mia posing. Comel!
Lepas tu terus pi Pasir Gudang melawat mak mertua kat rumah abang ipar sat. Mak mertua baru lepas operate kecil untuk keluarkan air lebihan kat buah pinggang kiri. Alhamdulillah semuanya selamat. Sebelum sampai singgah bergambar sat kat tempat ada replika dinasour ni. Tapi yang kat bawah ni dah tak berjaga. Dinasour dia dah banyak yang cacat. Lupa pulak nak ambik gambar dinasour kat atas bumbung bangunan tu. Ada 4 ekor tapi dua dah terbalik.
Saya tak keluar pon sebab tengah pangku tuan puteri beradu. Posing dalam kereta jerklah.
Lepas tu Wafiy sibuk nak bergambar dengan Dinasour besar dabak tu. En. Suami pi melayan pilah menapak dengan Wafiy. Arfan lek jerk dalam kereta tak kuasa nak buang lemak. Omak dia???? Lagilah kalau boleh nak berdengkur sama dengan Mia lepas dah kenyang makan nasi jagung yang sedap giler kat rumah Mak Siti tadi.
Masa kat kereta tadi dah cakap dah....tak payah pi dekat sangat nanti tak nampak dinasournyer. Kan nampak perut dinasour jerk tu haha.
Pak pon nak gambar jugak. Haha kepala dinasour takder.
Nampak dua ketul budak bawah dinasour.
Kat sini pon nak gambar jugak. Pak layan lagi haha. Ini gaya sopan yer adik2.
Ini pulak gaya kurang sopan tapi masih terkawal ngehngeh.
Sekali Mia pi tarik kaki Wafiy sampai susah dia nak keluar. Wafiy dah mengamuk2 sebab kaki dia susah nak tarik balik.
Sekian takder penutup macam selalu haha.
No comments:
Post a Comment