MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, April 2, 2014

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Ok kita tutup pasal cerita gedik kucing dak Iza dengan tuan2nyer pon gedik nak masuk belog Mokcik. Ini belog aku, sukatilah nak tepek gambo nko ker idak akakakakaka sambil ketawa hantu kak limah.

Hari ni nak tunjuk kat korang aktiviti buget yang saya buat sepanjang cuti sekolah hari tu. Maklumlah baru balik kursus, shopping2 plak tu kat KL ritu, gaji pon kicik jerk manalah boleh nak melaram sakan. Alhamdulillah ada gak rezeki Allah bagi.

Kebetulan ada plak gambar ni kat hampon baru kesian lerrr kat dia tepeklah sekeping. Masa minah ni pergi kerja Mokcik tervongkang lagi kat tilam. Lepas sembahyang Subuh, terasa nak pergi pasar cari ikan siakap. Masa nak balik, ada gerai2 jual baju. Berkenanlah dengan baju cutting macam Iza pakai ni. Cari saiz paling besar XL konon dah besar sangatlah tu. Balik dari pasar terus pi breakfirst kat kedai abang Wan. Sekali nampak Iza pakai baju ni. Gelak2 lepas tu cakap dengan kerek sekali 

"Eh aku baru jerk beli baju macam ni tadi kat pasar borong. Seplohhinggit jerk."

"Nko beli saiz apa kak. Iza beli saiz XL ni ketat arrrr."

Arrrrggghhhhh XL! Ketat! Sudah!

Bila balik terus test. Wakakakakaka macam nangka berbonggol2 terjojol perut Mokcik. Baling kat Iza. Paksa dia bayar RM10. Sepuluhhinggit pon kira sebab poket dah berat siling wakakakaka.
 
En. Suami makan telur separuh masak bila terliur dengar saya cerita telur separuh masak kat KLIH sedap sesangat.

Ni gambar hari kedua kat Melaka. Pagi2 saya suh en. Suami pi petik buah mata kucing betul2 kat depan rumah. Petang nanti dia dah nak balik JB. Meh kita dera dia. Menyampah tengok laki den pakai seluar tu. Punyalah mahal sanggup plak dia beli.


Budak kuat ngaruk bangun tidur terus teman baba dia petik buah mata kucing.

Buah boleh tahan besar dan sangat manis. Kalau nak beli ni mahal. Syukur ada yang free. Masuk dalam fridge biarkan sejuk. Bertenggek kat tembok depan rumah sambil tengok anak2 main, kupas sebijik2 masuk dalam mulut lepas tu sembur biji dia keluar perrrrrgghhhhhh nikmat betul hahahahaha.

Ini gambar ntah hari keberapa Mokcik dah lupa. Lepas pergi beli kelengkapan Umrah puan Mak, singgah restoran pizza kat Jusco. Betul pizza.......bukan KFC. Budak tenit ni mengaruk2 nak KFC jugak betul2 kat sebelah restoran pizza ni. Nak suh dia senyap terpaksalah tapaukan bawak ke sini.

Ngaruk2 pon tetap mama sayang. Terlebih ngaruk mama rembat gak gggrrrrmmmmm

 Iza n puan Mak.

Macam anak burung. Belum sua dah nganga haha. Mulut omak nko penuh makanan akakaka

Guna pinggan pizza letak ayam KFC. Boleh main potong2 ala omputeh. Kat restoran KFC mana nak dapat kan kan haha.

 Lakonan semata

 Semua pon sedap!

 Hari ni kita malas nak senyum kasi kat mama kita jerk senyum.

 Penuh semeja. Lepas tu berduka baju XL pon dah tak muat uwaaaaaaaaaaa.

 Sedapnya air2 ni macam nak pekena lagi jerk.

Ini gambar hari lain. Tapi tetap kat Jusco. Jusco Melaka ngan rumah kampung tak jauh. Tapi kalau jalan kaki tetap berpeluh ketiak. Sementara nak tunggu Iza beli tiket wayang, budak2 ni boleh pulak melepak kat depan tv sambil layan popcorn betul2 depan cinema ni.

Heret puan Mak sekali tengok wayang. Budak sepet tu sempat pau Mokcik mainan kat kedai yang dia tengok tv tadi.

 Eeeiiiiiii besarnya lengan!!!!!

 Yeaaaayyyyyy kita tengok captain America hari ni. HD lagi hokey!

 Uiiiitttttt perut anak mama.

 Sayalah Captain America!

 Semua jakun kena pakai spec haha.

2 comments:

Unknown said...

gmbr lengan besau tu ko msukkn wt pe..cbelh msukkn gmbr yg comel2 je...

alongxp said...

telo separuh masak? macam tauhu panas lak nengok+cantik mangkuk dia.. macam bermakna-makna plak telor separuh masak+mangkuk bentuk love

Alongxp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...