MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Sunday, April 20, 2014

TANAH LIAT

Hari ni nak share ngan korang gambar bulan lepas. Sampai dah terlupa ada gambar cikgu tadika yang badan ada pax ajar cam mana nak wat orang dengan tanah liat. Apa erk orang putih panggil plastesin erh. Ejaan tu kalau salah tutup jerk dua belah mata sebab Mokcik malas nak google haha.

Sebelum tengok Captain America kat Melaka hari tu kan budak Mia dah pau Mokcik tanah liat tu. Dari ada 6 warna, sampai kat JB dah jadi 1 warna jerk. Dah bagi amaran main kat luar rumah jerk. Alas pakai kertas masa nak tenyeh ke lantai.
 
Sekali pak dia balik kerja terus ajak budak2 ni tenyeh kat lantai rumah. Ambooiiiiiiiii seronoknya main lenyek2 lepas tu tekap dengan acuan. Mokcik menyirap jerk tengok.

 Lenyek yang lenyek......mana tau dari 1 pax leh jadi 6 pax ker kan kan.

Eh semua nak tergolek



Inilah hasilnya yer anak2. Lepas dah siap semua bangun bawak diri dengan apak2 dia sekali. Sapa nak kemas ni????!!!!! Sapa nak mop lantai ni ???!!!!!!

1 comment:

Lynn Hamzah said...

hikhikhikhik...saper lagi...tuan punya blog ler...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...