MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, February 11, 2014

KELUARKAN APA YANG ADA

Hari ini malas nak membebel bukan2. Godek2 kat PC adalah gambar2 yang tak sempat nak publish. Jom kita selak2 gambar jer eh. Kalau ada saper2 yang rasa nak muntah tengok, sila tutup jerk url ni paham!!! Haha.

Ni gambar masa gi breakfirst ngan anjer saya hari tu. Dah susah sangat nak makan sama2 sebab sorang kerja kat selatan, sorang lagi kat utara. Makan soto pagi2 letak begedil seketul perrggghhhh sedap sungguh. Bila dah kawin ngan orang Johor, duduk pulak kat Johor, tekak ni terima jerk apa makanan yang takder kat Melaka. Ekekeke yang sebenarnya memang kaki makan pon lagi nak kona2.

Ni gambar masa hari pertama Wafiy sekolah agama sesi pagi kat sekolah baru. Budak kat sebelah tu beriya jalan sambil pegang tangan Wafiy. Siap cakap apa tah macam abang kasi nasihat kat adik. Wafiy pulak dah termalu2 haha.
 

Skodeng Arfan kat kelas agama sesi petang. Muka stress sebab kena sesuaikan diri dengan persekitaran baru. Masa baru2 hari tu bila balik jerk asik mengadu itu tak betul, ini tak bagus, situ busuk, sini kotor. Lepas tu ada 2 ker 3 hari asik mengadu kawan2 ejek dia hitam. Saya pon naik pening macam mana nak pujuk. Tapi Alhamdulillah sekarang ni dah tak bunyi rungutan lagi dah.

Wafiy masa hari pertama sesi petang kat sekolah baru. Oleh sebab hari pertama, parents hantar anak2 dorang awal. Mungkin sebab dah penuh, cikgu pon bagi taklimat awal. Bila kitaorang sampai, semua dah beratur. Berpusing2 cari kelas Wafiy, bila dah jumpa kenalah beratur belakang sekali. Kesian......budak baru takder kawan lagi.

Gambar masa celebrate birthday Mia hari tu kat KFC. Sila abaikan lengan gebu Mokcik mana tah tu. Kalau goreng dengan tepung KFC pon menyelerakan tu huhu.

Ini namanya budak terlebih rajin. Ini adalah tidak disengajakan yer. Omak dia maafkan dan kembang2 hidung dok bantai gelak. Sejak dah sekolah ni, dia kan suka mengaler. Sambil2 kaler mata tengok tv. Bila mata tengok tv, bontot kaler tu dia gesel2 kat mulut dan kat pipi. Sekali dengar en. Suami terjerit sebab tengok muka Mia comot. Cik Mia pon terperanjat bila dengar apak dia bulat mata pandang dia. Lepas tu satu rumah ketawa ramai2 tengok cik Mia dah macam miaw2 haha.

Gambar ni masa kitaorang pergi bazar karat kat bandar haritu. Oleh sebab cik Mia dah merengek2 nak beli jam kat satu kedai tu, saya pon suruh en. Suami pergi jerk bawa dia. Saya singgah kat satu kedai yang jual pakaian budak. En. Suami ingat lepas tu saya tunggu kat kereta, jadi dia pon pergilah kat parking kereta. Sempatlah ambik gambar ni sekeping. Tunggu punya tunggu rupanya saya tak habis shopping lagi kat kedai tu. Sebab risau bini dia kena culik ker haper dia pon patah balik mencari adinda dia ni hah. Tak pasal2 dah kena pau beli baju Mia hehe.

Arrrrhhhh gambar2 lepas ni Mokcik sukerrrr. Ini sarapan saya semalam. Semalam saya ambil cuti sebab ada orang datang rumah. Masa ni dalam pukul 8 pagi gitu. Lontong kering dengan rendang daging. Punyalah banyak mak aaaiiiiii. Cuba jugak nak habiskan tapi apakan daya.....

Nasi lemak ini milik en. Suami. Tapi nasiblah makan berat2 macam ni pagi semalam. Sebab pukul 4 baru orang yang datang rumah tu balik. Giler merana lapar. Sampai lunch pukul 4 petang tu pon terlupa ambik gambar. 

Muka en. Suami yang toyer sebab bengang makanan dah ada depan mata pon takleh nak makan lagi. Jab ahhhh ambik gambar dulu hehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...