MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Saturday, February 8, 2014

MAJLIS SILATURRAHIM PLK

Semalam konon pukul 5 pagi nak bangun. Nak siap2 pergi Mersing. Ada majlis reunion dengan kawan2 en. Suami masa zaman2 belajar dulu. Sekali hambek....masa azan subuh baru terjaga. Tang tung tang tung pukul 7 baru gerak.

Masa en. Suami dah start enjin kereta ngan enjin volume dia sekali. Saya sempat pi tengok cermin ajaib kat bilik cik Mia. Cermin ni saya angkut dari rumah lama walaupun sikit lagi cermin dia nak terbarai dari frame. Baru nak snap, budak paling selalu kena siku ngan Mokcik ni datang nak posing sama. Saya panggil dia cermin ajaib sebab cutting nko nampak kecik sikit dari sebenarnya hehe. Jadi Mokcik boleh feeling2 kurus gitu ngehngeh.
 
Gambar kat atas tak berapa ketara mengurus sebab ada gangguan budak yang sedia kerempeng. Gambar yang ini nampak kurus kan kan hader ker???

Register. Sampai pukul 9 lebih gitu. Belum ramai pon yang sampai. Nko jerk yang berkobar terjerit2 pagi en. Suami oiiii. Kecoh!!

Korang tak nak sarapan korang punya pasal. Omak dah kebulur belum sarapan lagi. Mia pon dah nampak kurus sebab hari tu asik demam muntah2, berak2. Makan pon dah kurang. Asik Mokcik jerk yang mengembang huhu makan2!!.

 Posing anak dara kena kepit2.

 Over baba korang.

Cik Mia dah praktis jaga adik. Tah sapa2 pon ada dia peduli. Kalau dah berkumpul macam ni, semua dia ingat sedara dia. 

Baby tu sengeh2 kat dia. Boleh dia paksa baby tu tidur. Siap tolong tutupkan mata lagi haha.


Masa ni kawan2 dah start ramai. Sorang pon Mokcik tak kenal huhu.

Acara bowling kelapa nak mula. Rajin anak mama tolong untie yer. Omak nko tertonggeng2 kemas rumah nko buat bodo jerk.
 
Dorang buat dua kumpulan. Baling buah kelapa bukan sesenang yang disangka yer. Semua tangan tak cukup bedung kalau buah kelapa tu tak menyenget peginya, masa lalu kat botol tulah dia terpantul ke atas. Satu botol pon tak kena. Tapi bila hero yang baling.................

 Cayalah.....Gambar terbaik Mokcik hasilkan. Tengok Arfan beriya haha.

 Kali ni budak2 punya giliran. Arfan kasi sokongan dan dokongan kepada Mia macam yoyo jerk. Sekali dengan dia, dengan Mia satu pon tak kena haha.

Rupanya yang terror en. Wafiy. Sekali baling strike, semua jatuh. Budak lain dah tak payah baling. Kira semua dah menang. Dan2 en. Suami pi mengaku bapak salam tahniah sebab anak terror sangat haha. Semua ini POYO.

Acara tiup belon. Wafiy menang acara ni sebab dah belajar teknik2 meniup yang baik lepas kalah masa family day LPP yang lepas. Setakat lawan ngan anak dara bolehlah haha. Paling menarik cik Mia tiup belon kembung, bila dia tarik nafas, belon tu kempis balik. Asik gitu jerklah sampai habis game. Sebelum tu siap request ngan penganjur nak belon pink lagi haha.

Sebelum acara mula, Arfan punyalah kerek kata setakat tiup belon meh serah pada dia haha. Memang belon dia besar, tapi ada lagi yang sangat besar. Akhirnya tersingkir huahua.

Lepas tu acara relaks2 untuk mengeratkan silaturrahim.Tengok kejab jerk dapat kawan baru. Siap duduk himpit2 lagi punyalah mesranyerrrrrrr.

 Acara seterusnya ialah main ombak tengah panas2 buta.





 
Dalam pada tu dorang dapat idea dok tangkap mender alah ni. Pantang leka sekejab walaupun dah siap mandi segala, dorang turun ke pantai balik dok mengumpul umang2.        

Kesian korang dok bergempel2 kat dalam botol mineral water. Masing2 dah pakat nak bela kat rumah menatang ni. Lepas tu dok bincang nak kasi makan apa, nak bersihkan berak dia macam mana, nak simpan kat mana macam2.

 Arfan punya

Wafiy pon ada. 

Lepas dah makan, sembahyang, sembang2 segala, acara rebut kerusi pulak bermula.

Wafiy awal2 dah tersingkir. Tinggal Arfan yang bersemangat waja. Kalau kat Olimpik ni, mau jadi kebanggaan negara gamaknya haha.

 Aksi mendebarkan sebab Arfan nak sangat menang kali ni hehe.

Bila lagu berhenti Arfan pon dengan pantas duduk dah macam aksi Jon Sina haha salah eja eh eh manalah Mokcik tau eja nama mamat gusti tu.

Masa nak rebut satu kerusi ni yang Arfan kalah. Dapatlah tempat kedua.... oklah tu dari takder hehe.

Amender Makcik bisik2 tu. Tengok Omak saya relaks jerk. Tak payah nak turun2kan ilmu. Saya pakar dalam bidang ni. 

 Oiiii kawan mak kita cakap kena wat cam nilah nak masukkan gula2.

Ok cepat2 kutip. Saper paling banyak, banyaklah gula2 dia. Gula2 tulah hadiahnya pon haha.

Banyak2 baju Mokcik belikan, baju free ini jugak dipakainya. Main bola, makan bola, tidur bola, mimpi bola...........





 Cik Mia celok hadiah abang Ngah haha

Ambil gambar ni sebab nak tunjuk kat korang realiti hidup hari ini sebab dorang ni bukan main berkumpul2, tapi masing2 tangan pegang gajet. Tapi bila snap dah ada yang sempat sorokkan gajet tu haha.

 Last sekali gambar kenangan dorang.

 Babai semua.........majlis memang havoc semua pon sporting giler.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...