Jumaat hari tu konon malas nak buat sarapan sebab nak mengemas bilik secara besar2ran hehe. Ingat nak terus masak asam pedas ikan pari kegemaran Arfan. Siap dah keluarkan ikan rendam kat sinki, nasi siap dah tenggek. Sekali Wafiy bangun sambil gosok2 perut kata lapar. Mintak buatkan milo nak cicah dengan biskut. Baru teringat dorang dah kenduri biskut lemak cap pingpong tu petang semalam tinggal bekas sisa biskut tu jer. Senangkan anak2 Mokcik, campak biskut lemak pon jalan hehe. Tapi biskut lemak tu memang kesukaan sekeluarga 3 paket pon kadang2 tak cukup sebulan.
Sambil garu2 kepala fikir idea apa nak kasi budak ni kenyang sementara nak tunggu masak lauk. Selongkar2 kabinet nampak ada tepung. Sila buat cekodok yer bibik! Bab masak, bab makan biasanya Mokcik memang tak boleh nak ngelat. Tak payah nak cari2 jalan nak skip ker haper, mesti kena sediakan jugak sebab anak2 tengah sedap makan.
Masa tengah menggoreng saya pergi hantar baju dah siap basuh letak kat pintu depan sebab mengganggu pergerakan kat dapur ku yang sekangkang semut. Bila patah balik tengok budak bau acem dah bangun tidur siap tolong kacaukan tepung lagi. Apsal makin teruk camera tab Mokcik ni. Nko jangan buat pasal kang Mokcik transform jadi note kang kang ngengeh.
No comments:
Post a Comment