Perrrggghhhhhhh seminggu Mokcik tak keudara hahahaha. Semua perkara terkejar2. Sampai badan pon jadi lembik. Selsema menjadi2 sampai sakit kepala berdenyut2. Bila bangun tidur, hidung rasa panas kering jerk. Lepas tu bila hembus hingus punyalah hijau pekat siap keluar darah lagi. Peliknya kenapa pulak mata ni hah jadi merah lepas tu bangun tidur punyalah banyak tahi mata yang kuning tu. Dah macam sakit mata pulak. Nak pergi ambil MC macam tak sesuai sebab badan taklah pulak demam. Tapi punyalah rasa seram sejuk semacam.
Takperlah kita abaikan sahaja sebab setakat adik beradik selsema ni Mokcik dah imun. Dah macam antara selingan kehidupan. Kalau dua2 hidung ni boleh bernafas serentak walaupun seminit dua, saya akan rasa seperti keajaiban berlaku haha.
Sebelum cerita panjang meh tayang sarapan pagi kat Cititel Hotel. Ambik nasi goreng sebab takut makan nasi lemak kang mata jadi kuyu macam katak puru. Tapi bengangnya nasi ni ada rasa pahit2 lepas tu ada rasa keras2 sikit. Cuma manggo jus tu rasa sedap sangat. Jadi kasi tambah 2 cawan hehe.
Sebelum berangkat mari ambil gambar sekeping paras pinggang. Sebelum tu dah ambil kat cermin sebelah pintu yang nampak sampai ke bawah. Cermin tu tak ajaib. Gambar Mokcik nampak sangat gemuk. Terus delete. Malam pertama Mokcik tidur sorang walaupun katil untuk 3 orang. Dahlah malam tu masa tengah2 syok layan tv tetiba ada orang bukak pintu. Nasib Mokcik dah sangkut penyendal pintu tu. Kalau tak sangkut, kalau Mokcik tak bertenggek depan pintu tu, kalau Mokcik tengah mandi, tak ke nahas. Kuang hajaq!!! Rasanya staff hotel kot. Sebab pintu tu ada access card. Siap nak naik lift bercard bagai lagi.
Tu hah penceramah hari pertama. Wakil vendor untuk projek 1GovUC. Ingatkan dia bagi ceramah sampai esoknya. Rupanya esoknya orang lain pulak yang bagi ceramah. Campur dia ada 3 orang penceramah yang cover 2 hari. Pandai korang ehhh.....Korang bahagi 3, kitaorang pulun semua.
Malam tu Burger Abang Burn lagi haha. Sahlah budak2 ni dah kena mandrem Abang Burn. Burger ni Mokcik yang punya sebab rasa rindu pulak. Rasanya pon dah mula serasi dengan saya sebab malam tu burger ni rasa sangat sedap sampai licin dikerjakan. Siap kuis2 cheese kat plastik tu lepas tu jilat sampai bersih haha
Inilah couple comel yang bawa saya ke sini. Baru ada anak seorang pon comel jugak muahhhhh. Dorang ni tak habis2 meatball. Not my taste sebab takder carbo.
Inilah kawan sebilik saya setiap kali ada kursus. Sangat cantik, baik dan rajin. Oleh sebab itu dia sangat busy. Ada jerk orang call tanya itu,tanya ini. Kena sediakan itu, kena sediakan ini haha.
Sebelum habiskan kursus mari kita ambil gambar dulu buat kenangan.
Pura2 tak perasan gambar kena ambil haha. Sedangkan tangan sendiri yang snap. Giler berlakon hahahaha. Ni gambar kat dalam bas masa nak pi LCCT. Terpaksalah naik AirAsia balik Johor sebab kursus habis dah petang dan kenderaan pejabat takder nak ngantarin pulang. Tetiba loghat indon keluar. Maunyer idak, pening kepala dok dengar dorang speaking minang kat dalam bus. Penuh orang Indon dalam bas tu. Haper nko ingat naik flight tu keelasss sangat kerrrrr huhuhuh.
No comments:
Post a Comment