MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Tuesday, February 4, 2014

CNY 2014

Aktiviti sepanjang CNY 2014 ialah bersidai kat rumah kampung jerk. Jalan2 cari makan pon idak. Kalau ada pon just tapau cendol ngan rojak kat kampung jawa jer sebab nak tengok ulangan Maharajalawak Mega petang tu sebab malam siaran langsung pergi mandi air panas. Itu pon dapat tengok separuh jer sebab jalan jem menghala ke bandar hilir.

Main baling dart pon dah menggembirakan budak2 ni. Lagi2 Pak Lang yang rambut dah banyak dah takder yang jadi mentor. Bukak jerk mata dah mengadap benda ni, tengahari pon ini, petang pon ini, sebelum tidur pon ini. Mula2 start dari kosong, lepas tu start dari 300 plak. Bila dah lama2 Pak Lang pulak dikata pengelat hahaha. Kat opis jadi bos, kat rumah kena buli ngan anak2 buah nasiblahhhh....
 
Nampak tak ada tanda cat selekeh kat tepi pintu tu. Itu kerja Wafiy bila tengah hangin satu badan . Dah lupa apa yang dia nak haritu, kebetulan busu letak bekas cat reban arnab kat almari kasut tu. Bengang punya pasal, terus dia conteng dinding tu. Geram betul tengok perangai berangin budak ni. Bila tah nak berubah pon taktau. Tak pasal2 busu plak yang kena marah sebab letak cat sepah2.

Gambar masa pi mandi air panas Jasin Melaka. Ada satu lagi tempat kat Gadik. Tapi yang ini kata dorang lebih besar. Jadi mari kita pergi yang kat sini. Dah pernah pergi sekali dulu kat sini. Masa tu tekanan air kuat jadi kolah2 semua penuh air, shower pon sedap jerk keluar air panas. Kali ni alahaiiiii air pon macam nak kering. Tak panas pulak tu. Frust betul datang malam tu. 

 Cik Mia siap bongkok2 kan badan untuk tenggelamkan badan.Bila berdiri, air paras peha jerk pon.

Aksi terlampau masing2 nak tunjuk skill kaki naik atas kepala. Kat belakang pulak aksi terlampau lemas dalam kolam. Ada2 jerk korang ni.

Kalau tak posing cam tu, bukan Wafiy namanya haha.Kolam ni pon dulu Mia kalau masuk tenggelam. Tapi hari tu sampai dada jerk. ilek jerk cik Mia main air dalam ni.




Berendam dalam air paras betis jerk huhu. Mula2 rileks jerk ambik gambar dalam ni. Kat sebelah puan Mak tu ada lagi orang lain yang berendam jugak. Mesti dorang kata bagus dorang ni sopan santun jerk.

Baru sekali snap masuk pulak mamat ni dengan anak pompuan dia. Terus jadi huru hara. Kimi dah tenggelam sebab Mia duduk atas dia.

Puan Mak dah usya baris sebelah nak melarikan diri. Kecoh betul korang ni bergambar. Muka Mia cam budak cina bukit dengan idung kemek.

Ini kolah paling panas 48 - 65 darjah calcius. Sebelum ni saya tak masuk sebab terlalu panas sampai beruwap2. Baru kena kuku kaki dah angkat balik sebab takut keluar jadi lembu kukus. Hari tu pergi, dahlah air tak banyak, panas pon kurang letihhhhh.........

 
Biras

Ni gambar masa pergi Tesco Melaka. Tak boleh jumpa bender ni. Mesti nak paw naik. Dah dapat naik buat perangai pulak nak ais krim. Dah dapat ais krim, kerjakan pulak ais krim Malaysia nenek dia sampai 3 batang sekaligus. Besoknya balik JB start sakit tekak selsema lepas tu muntah2. Semalam demam sampai omak dia pun ambik cuti. Hari ni pergi sekolah tak nak pakai baju sekolah. Teacher kata takperlah.....asal tak nangis sudah. Kesian erk korang kena jaga budak2 ni. Mokcik serender hokeh! Sorang ni pon Mokcik dah tensi.

Tengok senyuman pon dah tau fompuan ni sangat panjang akal. Kalau nak cium dia kena pegang tangan dia dan tutup mulut dia. Kalau idak tak pasal2 muka nko bergarik takpon selepok kena ludah haha.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...