MeH CLicK!!!!! PaSTi ADa YaNG BerGUnA....

Wednesday, June 13, 2012

wang hantaran


Kejab tadi terjumpa mender ni kat wall fb kawan2. Bila tengok komen, ramai yang merungut, membantah, mengkondem. Bila saya perhatikan betul2. Takder apa yang salahnya pon. 10 tahun yang lepas, masa saya dinikahi wang hantarannya ialah RM6000. Itu 10 tahun yang lepas, pada saya sesuai sangatlah bila standard wang hantaran RM8k - RM12k dikategorikan.

Masa majlis perkahwinan saya, semua wang hantaran saya digunakan untuk buat kenduri. Oleh kerana saya amat pasti tidak akan menetap di Melaka, saya tak beli apa2 perabut pon untuk tujuan itu. Sebagai ibu yang penyayang, mak kembalikan RM2000 untuk saya gunakan untuk berbelanja dirumah sendiri. Nak tahu apa barang yang pertama saya beli dengan duit tu. Hehehe tilam lerrr. Yang lain semua saya simpan kat ASB. Tapi tak pasti ada lagi ker idak duitnya hahaha.

Pada sayalah, wang hantaran yang dikelaskan tu adalah cukup sesuai. Takkanlah seorang perempuan yang ada ijazah kedoktoran hanya diberi wang hantaran dibawah RM10k kan ? Penat lelah orang tua membesarkan anak gadisnya hingga menjadi seorang insan, apalah salahnya kalau nak buat majlis besar2an sedikit. Ingat!!! Membesarkan anak gadis sukarnya lebih dari membela sekandang kambing tahu. 


3 comments:

Unknown said...

salam kenal..

wajib dipatuhi ke tu?

Azlina bt. Azis said...

Tentulah tidak papa mifz, bergantung pada permintaan parents perempuan. Tapi, tak salahkan at as rasa menghargai org bar dalam hidup kita. Thanks singgah ke blog saya

Unknown said...

hihi..saya sokong..hehe..
semuanya berpatutan..tp ade yg SPM tue melebihi org yg ade DIP..huhu..sekarang sume dah 10k..uhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...